Kisah Orang Aceh di Malaysia – V

N8

rencana

Selasa

17 April 2012

Hubungan Aceh, Kedah sudah terjalin sebelum penempatan di Yan

Penemuan sepasang batu nisan di Minye Tujuh bukti wujud kerjasama awal

 CCI02072013_00003

      

        

Sumber: Suratkabar BERITA HARIAN, Malaysia.

Kampung Aceh di Keudah mengekalkan budaya asal struktur seperti di Aceh

Kampung Aceh di Keudah mengekalkan budaya asal struktur seperti di Aceh

Jika dirujuk kepada kisah penghijrahan masyarakat Aceh ke negara ini akibat tekanan Belanda pada era hujung abad ke-19, ia boleh dikatakan masih dikategorikan sebagai etnik baru berbanding sesetengah etnik lain yang sudah wujud sehingga berbelas generasi selepas berada di Tanah Melayu lebih lama daripada mereka.

Malah, kesan sejarah menjadi bukti penempatan awal orang Aceh di Kedah terutama di Yan masih lagi dianggap baru. Di Yan atau lebih tepat lagi di Kampung Aceh, penduduknya baru memasuki generasi kelima dan keenam menandakan mereka masih dekat dengan masyarakat asal Aceh di Indonesia.

Tidak pula boleh ditolak pandangan dan fakta sejarah yang menyatakan hubungan Aceh dengan Kedah sebenarnya sudah bermula lebih lama daripada itu. Malah, ada pendapat yang menyatakan orang Aceh sudah ada di Tanah Melayu pada zaman pendudukan Portugis iaitu pada abad awal abad ke-16.

Berdasarkan fakta sejarah sejak berabad lalu, orang Indonesia memang terkenal sebagai ahli pelayaran dan pedagang hebat. Berdasarkan sumber kajian oleh Profesor D G E Hall dalam bukunya, Sejarah Asia Tenggara mengenai kehadiran pengaruh Hindu ke Asia Tenggara sudah menafikan sama sekali pengaruh kemasukan itu adalah dari benua India saja.

CCI18062013_00002

Gadis di Kampung Aceh dengan pakaian tradisi mereka

Beliau menjelaskan bahawa orang Me­layu (Indonesia) juga ahli pelayaran yang sangat handal dan banyak bukti menunjukkan mereka juga pergi ke pelabuhan India, sama keadaannya dengan orang India yang melawat pelabuhan di Asia Tenggara. Tambahnya lagi, orang Me­layu Sumatera yang memulakan perhubungan perdagangan jalan laut ke China dan bukti yang ada menunjukkan ahli pelayaran Melayu memainkan peranan penting seperti orang India dalam per­dagangan di rantau ini.

Sehubungan itu, ada kemungkinan pedagang Indonesia juga pernah sampai ke Kedah pada zaman klasik itu kerana di­katakan Kedah, seawal abad ketiga Masihi lagi sudah terkenal sebagai sebuah pelabuhan transit yang sangat penting antara China, India dan rantau Nusantara.

Selain faktor perdagangan, politik perluasan kuasa antara kerajaan demi kerajaan yang wujud silih berganti juga tidak kurang pentingnya dalam mewarnai hubungan awal antara Kedah dengan Aceh. Selewat-lewatnya pada abad ketujuh Masihi lagi Kedah dikatakan sudah dikuasai kerajaan Srivijaya yang berpusat di Sumatera.

Ibni Khurandhbeh dalam kitabnya, Al Masalik Wal Mamalik sudah mencatatkan mengenai ‘Kalah’, begitu juga Abu Zaid Al Sirafi, penyunting akhbar Al Sin Wal Hind turut menyebut ‘Kalah’ (Kedah) pada satu ketika dulu di bawah pemerintahan Raja Zabeg (Sriwijaya).

CCI18062013_00000

Antara nama tokoh ulama Aceh yang diabadikan sebagai nama jalan di Kampung Aceh, Yan.

Kedah juga dikaitkan pernah ditakluk dan dikuasai kerajaan Majapahit dan kerajaan Aceh Darussalam. Jadi, sehingga peringkat ini, cerita mengenai Kedah bukan lagi asing dan terpinggir dan ia sebenarnya sesuai dijadikan asas kepada latar belakang kewujudan perhubungan awal antara negeri ini dengan Aceh.

Sehingga ini, bukti awal yang menyatakan wujudnya hubungan antara Aceh dengan Kedah ialah dengan penemuan sepasang batu nisan di Minye Tujuh, Aceh. Menurut Wan Shamsudin Mohd Yusuf, batu nisan yang terukir dengan puisi ala syair itu mengandungi campuran kata-kata dalam bahasa Sanskrit, Melayu kuno dan Arab dengan menggunakan askara India kuno.

Apabila diterjemahkan ukiran puisi itu mengandungi maklumat mengenai kemangkatan seorang raja dari suku Barubasa yang menguasai Kedah dan Pasai (Aceh). Baginda dikatakan mangkat pada 14 Zulhijjah 781 bersamaan 26 Mac 1380. Ini sekali gus membuktikan Raja Aceh yang beragama Islam sudah pun mengua­sai Kedah bukan saja pada abad ke-14 tetapi sebelum itu lagi.

Dalam sejarah Kedah sendiri iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Shah (1373 -1423 Masihi) ada diceritakan mengenai serangan Aceh ke atas Kedah. Menurut cerita, serangan itu berlaku lantaran peristiwa perkahwinan antara putera Sultan Aceh dengan puteri Sultan Kedah. Sultan Aceh dikatakan marah de­ngan tipu muslihat Sultan Kedah tidak mengahwinkan puterinya yang dikata­kan berdarah putih seperti dihajati.

Juga pada 1619, dikatakan sekali lagi berlaku serangan Aceh ke atas Kedah akibat rasa kurang senang dengan perkembangan perusahaan lada hitam di Kedah yang kian menjadi saingan kepada perusahaan sama di Aceh. Dalam se­rangan itu, Aceh bertindak memusnahkan kebun lada hitam.

Ada versi yang mempertikaikan fakta berkenaan seperti dikupas Muhammad Hassan Tok Kerani Mohd Arshad dalam bukunya, Al Tarikh Salasilah Negeri Ke­dah. Menurut ceritanya pula, memang pada mulanya Aceh ingin menyerang Ke­dah, tetapi dibatalkan kerana mendapat sambutan yang baik oleh Sultan Kedah ketika itu, sekaligus menjalin hubungan baik dengan Kedah.

Apa pun versinya, ia sekadar menguatkan hujah dan fakta bahawa hubungan Aceh-Kedah sudah berlaku sejak abad ke 17 lagi, malah mungkin juga lebih awal dari itu. Malah, ketika Sultan Kedah melawat Aceh, diberikan satu kemudahan untuk bermastautin yang sampai sekarang dikenali sebagai Kampung Keudah, yang terletak di tengah bandar Aceh. Semua cerita sejarah ini tidak pula mempunyai bukti jelas mengenai penempatan orang Aceh di Kedah, mahupun di Tanah Melayu.

Merujuk kepada mana-mana sejarah penghijrahan masyarakat luar ke negara ini, ia selalunya dikaitkan dengan faktor penolakan dan penarikan. Bermaksud, mesti ada sesuatu yang berlaku di tanah asal mereka menyebabkan mereka mahu keluar dan pada masa sama, lokasi baru yang dituju mempunyai tarikan yang menguntungkan mereka, selalunya dari segi ekonomi.

Justeru, adalah kurang tepat jika melihat orang Aceh berhijrah pada abad ke 16 dan 17 kerana pada ketika itu Aceh sedang aman damai dan Kedah pula sedang berdepan ancaman Siam. Justeru, kenyataan generasi ketiga Aceh di Yan, Abdul Malik M Taib, yang melihat penghijrahan ketara ke daerah itu berlaku pada hujung abad ke-19 akibat tekanan Belanda adalah paling relevan.

Sehubungan itu, ada kemungkinan pedagang Indonesia juga pernah sampai ke Keudah pada zaman klasik itu kerana dikatakan kedah, seawal abad ketiga masih lagi sudah terkenal sebagai sebuah pelabuhan transit yang sangat penting antara China, India dan rantau Nusantara. Selain factor perdagangan, politik perluasan kuasa antara kerajaan demi kerajaan yang wujud silih berganti juga tidak kurang pentingnya dalam mewarnai hubungan awal antara Keudah dan Aceh

 Menurut beliau, berdasarkan cerita ge­nerasi terdahulu, orang Aceh terlebih dulu berhijrah ke Pulau Pinang terutama di sekitar Seberang Prai untuk berdagang dan dalam masa sama bertani. Disebabkan berlaku persaingan kuat dengan penduduk asal, mereka berpindah pula ke Merbok dengan bertani di kawasan bukit.

“Dari Merbok, mereka berpindah lagi ke Ruat melalui jalan Bukit Genting dan Singkir Genting. Lama mereka menetap dan bertani di kampung Ruat dengan menanam lawang, cengkih, kelapa dan pinang. Di situ sudah ada hartawan yang hebat dengan mengusahakan tanah yang besar.

“Sekali lagi kerana tidak mampu bersaing dengan hartawan besar di situ, generasi awal kami berpindah lagi dan kali ini ke kampung Aceh, Yan. Nama kampung Aceh pun diberikan kerana orang Aceh masuk ke sini. Diberitakan, seorang penghulu di sini pernah dipecat kerana membenarkan masyarakat kami menggunakan tanah untuk bertani.

“Kebanyakan yang hadir pada peringkat awal adalah golongan ulama. Kerana itu, kehadiran masyarakat kami di sini membolehkan terbinanya banyak surau dan dayah, lebih besar daripada surau dan turut didirikan pondok. Selepas itu, lebih ramai orang Aceh datang dan mengusahakan tanah sehingga ke Titi Hayun.

“Di sini dulu, orang Aceh mencecah sehingga lebih 3,000 orang. Jika ada kenduri, sehingga tiga lembu perlu dikorbankan. Orang Aceh dulu hanya bertani dan berniaga, tidak ada yang ke laut walaupun dekat dengan laut. Tanaman getah hanya bermula pada sekitar 1930-an,” katanya.

Tambahnya, disebabkan ketika itu Aceh masih berperang dengan Belanda, orang Aceh di Yan juga tidak mahu ketinggalan membantu perjuangan dengan mewujudkan Takatan Dalail’ iaitu kumpulan yang belajar kitab Dalail di surau, mengumpul sebahagian hasil pertanian.

Golongan wanita pula mewujudkan Takatan Beras Segenggam’ iaitu setiap kali memasak, segenggam daripada be­ras untuk hidangan keluarga diasing dan disimpan. Setiap minggu ada petugas yang akan mengutip beras itu untuk dijual dan dibeli senjata bagi membantu perjuangan di bumi Aceh.

Begitu dikatakan bagai-mana orang Aceh boleh membina perkampungan di Yan dan meskipun kini sudah ada banyak lokasi dengan nama kampung Aceh, namun sentimen orang Aceh masih kuat di Yan kerana di situ munculnya ramai nama besar yang mencorakkan kehidupan masyarakat mereka di negara ini sampai hari ini.

Ulama lari ke Tanah Melayu

bimbang ditangkap Belanda

KEKALAHAN golongan istana di bumi Aceh mengubah corak penentangan orang Aceh dengan Belanda yang mengangkat golongan ulama pula sebagai pemimpin tentangan. Ini menyebabkan Belanda melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap dan menghukum golongan ulama.

Tertekan dengan situasi ini menye-babkan ramai ulama memilih untuk ber-hijrah ke negara lain termasuk Tanah Melayu khususnya di utara Semenanjung. Justeru, boleh dikatakan, majoriti penghijrah dari Aceh pada hujung abad ke-19 adalah mcreka yang tinggi ilmu agamanya dan mempunyai semangat ju-ang yang kental.

Menurut Abdul Malik M Taib, antara kelompok awal ulama yang berhijrah ke Yan adalah Tengku Md Dahan yang me-wujudkan kelas agama di bawah rumahnya selepas belajar di Makkah bersama abangnya, Tengku Ahmad Hasbullah Inderapuri. Mereka berdua dibawa oleh ibu bapa mereka bersama Tengku Hassan Kerungkale dan Tengku Abdul Hamid.

“Semua adik-beradik Tengku Md Da­han pulang ke Aceh, manakala beliau kekal dan terus mengajar di Yan. Untuk makluman, bagi orang Aceh, gelaran Tengku diberikan kepada orang alim, manakala golongan bangsawan digelar Teuku.

“Orang Aceh di bawah pimpinan Teng­ku Md Dahan meneruskan misi membantu bumi Aceh dengan mengumpul dana untuk membeli senjata sehinggalah datang seorang ulama dari Lamnor, Teng­ku Abdul Jalil yang ketika itu dalam perjalanan ke India untuk menuntut il­mu.

“Selama lebih kurang setahun di Yan, beliau menasihati orang Aceh supaya tidak lagi terus membeli senjata di Pulau Pinang kerana ia di bawah pimpinan Inggeris. Cadangan beliau adalah mendirikan sekolah agama untuk membolehkan lebih ramai anak Aceh lain datang ke sini.

“Boleh dikatakan ketika itu orang Aceh mencipta kegemilangan Yan. Bukan setakat surau, dayah dan pondok, kemunculan beberapa ulama hebat juga mengangkat nama orang Aceh untuk disegani penduduk setempat. Antaranya ialah Tengku Di Balei, Sheikh Omar (ayah Tengku Md Dahan) dan Tengku Lam Suro yang membangunkan surau berhampiran rumah masing-masing,” katanya.

Selain Yan, dikatakan Aceh juga ada memasuki Langkawi, malah ada mitos yang mengaitkan nama Langkawi dengan bahasa Aceh selepas kedatangan sebahagian mereka ke Kuah.

“Ketika mereka singgah di kedai makan sekitar Kuah, malangnya lauk sudah habis dan dengan spontan seorang daripada orang Aceh menyebut, langkah wi (langkah kiri) kita… Perkataan itu terus didengari penduduk setempat sehingga mewujudkan nama Langkawi. Namun, ia mungkin sekadar mitos.

CCI18062013_00001

Boleh dikatakan ketika itu orang Aceh mencipta kegemilangan Yan. Bukan setakat surau, dayah dan pondok, kemunculan beberapa ulama hebat juga mengangkat nama orang Aceh untuk disegani penduduk setempat. Antaranya ialah Tengku Di Balei, Sheikh Omar (ayah Tengku Md Dahan) dan Tengku Lam Suro yang membangunkan surau berhampiran rumah masing-masing

 

Abdul Malik M Taib

“Bukti kukuh yang orang Aceh ada mendirikan perkampungan di Langkawi ialah di Kampung Triang. Dalam bahasa Aceh, triang bermaksud buluh dan memang orang Aceh dulu mendirikan rumah buluh di situ. Malah dua makam purba di Langkawi yang batu nisannya sama seperti di Aceh menguatkan hujah ini.

“Apa pun, jika merujuk kepada penghijrahan ke Yan, ia nyata bermula di Pulau Pinang sehinggakan di sana ada Lebuh Aceh. Memang orang Aceh adalah golongan pedagang dan ia kebanyakannya digerakkan ulama. Cuma kami boleh kekal di sini kerana di sini sudah terbina sistem pendidikan yang digerakkan orang Aceh sendiri. Bibit itu membawa manfaat kepada pewaris kami,” katanya.

INFO

Penghijrahan ulama Aceh ke Yan

  • Majoriti penghijrah dari Aceh pada hujung abad ke-19 adalah mereka yang tinggi ilmu agamanya dan mempunyai semangat juang yang kental.
  • Kelompok awal ulama yang berhijrah ke Yan adalah Tengku Md Dahan yang mewujudkan kelas agama di bawah rumahnya selepas belajar di Makkah bersama abangnya, Tengku Ahmad Hasbullah Inderapuri.
Iklan

2 pemikiran pada “Kisah Orang Aceh di Malaysia – V

  1. menurut pendapat saya orang acheh bukan abad 19 datang ke Malaysia, yang sebetulnya orang asal aceh datang ke Malaysia semasa kesultanan pasai dan malaka siapa cakap orang aceh abad 19 itu salah, sejarah aceh bukan di daerah yan saja malah sampai ke Thailand pattani dan seluruh Malaysia, orang keturunan aceh akan cepat lupa sejarah apabila bergabung dengan masyarakat yang lain, kerana orang aceh sifat nya dimna bumi dipijak disitu langit dijunjung, orang Malaysia dan melayu pattani ada sekarang sifat,watak dan cara kehidupan nya hampir sama dengan masyarakat aceh. jadi tidak tepat kalau masyarakat aceh yang tinggal di Malaysia di katakan pada abad 19

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s