KISAH ORANG ACEH DI MALAYSIA – IV

SENI BUDAYA ACEH MASIH BERTAHAN

CCI02072013_00003Adat Perkawinan Pakaian, Srtuktur Rumah Terus  Dipelihara

(Sumber: Suratkabar “Berita Harian”, Malaysia,   Jumaat,  20 April 2012 hlm/N 8)

CCI02072013_00000MEREKA bukan miskin budaya, malah sebenarnya orang Aceh sangat kaya dengan  seni tradisi. Disebabkan golongan yang berhijrah ke negara ini pada hujung abad ke-19 dulu terdiri daripada kalangan ulama, seni kebudayaan, kurang diberi penekanan dan fokus lebih terarah kepada penyebaran dakwah serta pengajian agama.

Tidak pula boleh dinafikan yang mereka di kampung Aceh, Yan turut mempraktikkan sebahagian budaya, itupun kerana ada sebilangan kecil mereka yang mengunjungi Aceh di Indonesia dan mempelajari sedikit tarian, kebudayaan termasuk pakaian tradisi serta seni ukiran unik masyarakat itu.

Sebenarnya, jika diperhalusi adat dan budaya mereka, sudah banyak yang ditinggalkan terutama yang berkaitan kepercayaan tahyul, apatah lagi kampung Aceh lebih terkenal sebagai penyambung legasi ulama dan mengangkat amalan Islam sebagai pegangan utama. Bagi kebanyakan warga tua, generasi ketiga, kepercayaan itu masih segar dalam ingatan mereka.

Berpegang kepada kepercayaan dalam beragama, orang Aceh satu ketika dulu menganggap sesetengah bulan dalam kalendar Islam mempunyai maksud dan amalan tertentu. Antaranya, Muharam diangkat sebagai memperingati perjuangan cucu Nabi Muhammad SAW menentang Bani Umaiyyah.

Justeru, orang Aceh menamakannya bulan Asan atau Usen (bulan Hasan dan Husin). Pada 10 hari pertama bulan itu ada ketentuan adat dengan menamakan bulan ‘asyura’ iaitu orang Aceh memasak kanji asyura (bubur). Selalunya mereka bermuafakat memasak beramai-ramai dan mengadakan kenduri kecil di mad­rasah atau dibawa pulang ke rumah.

CCI02072013_00001

Pakaian pengantin Aceh di Negara ini (Malaysia-TA)

CCI02072013_00002

PAKAIAN tradisi wanita Aceh bersulamkan benang emas

Pada 10 hari pertama itu, ia dianggap kurang baik kerana gugurnya cucu Nabi SAW di Padang Karbala dan tidak dibuat sebarang kerja penting. Tidak boleh dikhatan kanak-kanak, tidak dilangsungkan kenduri perkahwinan, tidak ditabur benih padi dan tidak juga didirikan ru­mah.

Safar juga dianggap kurang baik ke­rana semua kerja penting perlu dihindarkan. Bulan itu diketahui sebagai bermulanya penyakit Nabi Muhammad SAW yang tidak sembuh hingga membawa ke­pada kewafatannya pada bulan berikutnya (Rabiulawal). Dunia Islam sangat percaya bulan itu banyak terjadi bencana. Kesyukuran dipanjatkan jika tidak ada sebarang bencana hingga Rabu terakhir bulan itu (Rabu Abeh).

Sepanjang Safar, mereka yang tinggal berhampiran laut akan mandi di pantai, di kampung pula mereka mandi di sungai atau perigi. Anggapan mereka, perkara ini penting kerana air yang digunakan untuk mandi harus dimantera (jampi) terlebih dulu dengan ayat al-Quran dan ada kalanya seorang Teungku di kampung akan menulis di atas secebis kertas de­ngan tujuh ayat al-Quran serta nama beberapa orang yang memohon keberkatan atau kedamaian sebelum dicampak ke dalam air untuk mandian.

Itu hanya sebahagian kepercayaan dan amalan yang sebenarnya sudah ditinggalkan masyarakat Aceh di Yan, Kedah. Malah, banyak juga amalan yang dibawa dari Serambi Makkah (Aceh) sudah tidak diteruskan di negara ini. Dalam konteks pemakaian, perkahwinan, struktur ru­mah dan perhiasan diri serta senjata, keagungan seni Aceh masih boleh ditemui di kampung Aceh.

Meneliti konsep pakaian orang Aceh, sama ada lelaki mahupun perempuan, ia dicipta sesuai dengan keadaan perang yang berpanjangan dulu, antaranya se­luar longgar di bawah kelangkang untuk memudahkan mereka melangkah dan melompat dengan tangkas ketika bertarung dengan musuh.

Memperincikannya, seluar panjang untuk lelaki diperbuat daripada kain kapas berwarna hitam dengan di bawah kelangkang dijahit lebar supaya boleh melangkah ataupun berlari. Kedua-dua kaki seluar dijahit agak sempit dan disulam dengan benang emas. Bajunya pu­la, kot berbentuk cekak musang seperti baju Melayu, juga diperbuat daripada kain kapas berwarna hitam, diletak kancing hingga ke leher dan kedua lengan disulam emas.

Sebagai aksesori, kain samping dari­pada kain songket bermotifkan daun. Biasanya berwarna merah jambu atau merah muda, disarungkan separas lutut. Di kepala tersarung kopiah ‘rneukeutop’,

berbentuk bulat tinggi sesuai dengan saiz kepala pemakai. Dijahit daripada benang berwarna-warni dan dililit dengan kain songket atau tengkolok.

Tidak sempurna tanpa rencong di pinggang. Senjata yang ditempa menggunakan sejenis besi berkualiti tinggi dengan sarung dan gagangnya diperbuat dari­pada tanduk kerbau atau gading gajah bersalut emas, perak atau tembaga. Uniknya, bentuk rencong diilhamkan dari­pada tulisan ‘Bismillah’ dalam versi Jawi dan jelas dapat diperhatikan ketika sen­jata ini dipegang secara melintang.

Rencong sebenarnya umpama jam tangan yang jika tidak dipakai rasa kurang selesa dan tidak lengkap ke mana-mana. Oleh kerana itu, sejak zaman perang dengan Belanda, malah mungkin sebe­lum itu lagi, rencong sentiasa ada terselit di pinggang, selepas 1960-an, pemerintah di Aceh melarang pemakaiannya kerana sering menimbulkan pergaduhan berdarah. Di kampung Aceh, hampir semua rumah ada menyimpan senjata ini se­bagai perhiasan wajib.

Dalam budaya perkahwinan pula, orang Aceh terutama di Yan tidak banyak berbeza dengan orang Melayu Kedah yang menolak konsep persandingan. Memang sudah menjadi kebiasaan di Kedah, persandingan kurang diadakan dalam budaya masyarakat Melayu di sana. Asimilasi yang berlaku menyebabkan ba­nyak budaya orang Melayu dipraktikkan orang Aceh.

Penggiat budaya, Mohd Yusuf Oerip, berkata dalam masyarakat Aceh, proses perkenalan biasanya berlaku dalam majalis keramaian atau di mana saja acara yang membolehkan kebanyakan mereka berkumpul atau disebut meramin (berkelah). Hanya dalam majlis tertentu lelaki dan wanita berpeluang mengenali dan melihat wanita idaman. Biasanya pilihan dibuat ibu bapa.

Copy of CCI02072013_00002

Mohd. Yusuf Oerip

Jika sudah dibuat pilihan, bermulalah proses membabitkan orang tengah untuk hantaran merisik atau di sebut seulangke. Biasanya lelaki. Sekedar bertanya sudah berpunya atau sebaliknya biasanya proses merisik orang dulu gunakan pantun. Jika persetujuan dicapai kedua belah pihak baru dibincangkan proses peminangan

Sirih untuk mengikat perjanjian diberikan dan ia dinamakan ranub peukong haba (sirih pengikat khabar). Dalam proses peminangan, turut dibincangkan mengenai mahar (jeulamei) dan sebagainya. Ketika proses peminangan, sepersalinan pakaian untuk pihak perempuan dibawa bersama. Mahar kebiasaannya bukan duit tetapi emas.

Selain barang lain dalam dulang hantaran turut perlu ada dalam hantaran ialah tebu sebagai tanda mahu hubungan suami isteri sentiasa manis. Benih kelapa yang sudah tumbuh dari buah kelapa juga dibawa bersama. Selepas kenduri, suami dan isteri bersama-sama menanam kelapa itu di halaman rumah.

“Tepung tawar juga ada dalam ma­syarakat Aceh atau dikenali peusijuk menggunakan daun khas iaitu naleng sambo, inai (on gaca), daun senijuk dan on sekeipulut (pandan), tetapi dibuat begitu ringkas. Sebenarnya, orang Aceh di Indonesia memang ada bersanding dan lengkap dengan pelamin. Berarak diiringi selawat nabi juga antara acara wajib tetapi di Kedah, persandingan tidak be­gitu diadakan kerana kami sudah asimilasi dengan orang Melayu Kedah.

“Bezanya ketika merenjis, tumphou (makanan pisang dicampur tepung pulut, sama seperti cucur pisang) disuap ke mulut pengantin. Di Kedah, ada yang masih menyuapkan pengantin dengan tumphou tetapi semakin sukar ditemui. Selepas itu, pengantin perlu bersalaman dengan semua orang dan ketika itu tetamu akan memberikan duit. Uniknya, jika di rumah lelaki, pengantin perempuan akan dapat duit itu dan begitu sebaliknya,” katanya sambil menunjukkan koleksi pakaian Aceh.

Satu lagi keunikan dalam upacara perkahwinan orang Aceh ialah pengantin perlu dibasuhkan kakinya sejurus tiba di rumah. Dikatakan dulu lebih pelik lagi iaitu pengantin perlu memijak telur, te­tapi ia sudah tidak lagi diamalkan. Bagaimanapun, membasuh kaki masih lagi diamalkan sesetengah keluarga.

Isteri Mohd Yusuf, Nazarian Karim pula menambah mengenai adat unik ke­tika wanita hamil dengan usia kandungannya memasuki tujuh bulan. Satu upacara memandikan suami isteri dijalankan oleh sekumpulan orang dalam jumlah yang ganjil sama ada tiga, lima atau tujuh orang menggunakan air tujuh jenis bunga.

“la bertujuan supaya bayi selamat dan sihat. Kedua-dua suami isteri dimandikan di depan orang ramai pada siang hari sebelum diadakan satu majlis kenduri ringkas. Kebiasaannya, ia dihadiri ke­luarga terdekat saja,” katanya.

TANDA paling jelas yang menunjukkan sesuatu bahasa itu berbeza de­ngan yang lain ialah dari segi kosa kata digunakan.

Orang Aceh masih mengamalkan ba­hasa mereka dalam kehidupan seharian. Pewarisan penggunaan bahasa Aceh ini berlaku secara semula jadi walaupun tiada pendidikan formal mengenai bahasa Aceh, masyarakat itu di Yan, Kedah ma­sih terus mengamalkan bahasa mereka setiap kali mereka bertemu sesama sendiri.

Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim, Muhammad Khairi Mohamed Nor, berkata apabila berkomunikasi antara masyarakat Aceh terutama penduduk kampung Aceh di Yan, ia terasa berada di tempat asing.

“Bahasa Aceh yang masih utuh di­amalkan di kampung ini dan adalah ba­hasa yang diwarisi daripada generasi terdahulu yang menjadi amalan hingga kini. Menurut Yusuf Oerip yang juga seorang pengkaji budaya masyarakat Aceh, penduduk kampung Aceh, Yan ma­sih menggunakan bahasa Aceh klasik berbanding bahasa digunakan di Tanah Aceh sekarang ini yang terlalu banyak berasimilasi dengan bahasa Indonesia.

“Bahasa Aceh di Yan dilihat lebih tekal, klasik dan kekal tanpa banyak mengalami penyerapan bahasa Melayu. Pe­warisan menggunakan bahasa Aceh ini menyebabkan penduduk yang berketurunan Aceh di kampung ini khasnya masih menggunakan bahasa mereka apabila  berkomunikasi sesama  mereka.

Menariknya, masyarakat Aceh di sini akan menukar bahasa mereka apabila betutur dengan masyarakat lain dan akan menggunakan kosa kata Aceh apabila bertutur sesama penutur bahasa Aceh.

Bahasa Aceh di Yan  juga  mengalami proses asimilasi dengan bahasa Melayu, bagaimanapun pengekalan penggunaan kosa kata klasik memperlihatkan keutuhannya. Masyarakat bukan Aceh tidak akan memahami struktur ayat yang di bina daripada kosa kata yang seakan-akan hampir dengan kosa kata bahasa Melayu tetapi adunan sehingga menjadi ayat menyukarkan kita memahaminya.

“peu haba? Apa kabar? Dan ayat dron peu nan? Siapa nama awak? Memang tidak difahami oleh penutur bukan Aceh. Bahasa Aceh memang berbeza jika di bandingkan dengan bahasa Melayu. Sukar sekali kita memahaminya kita perlu ingat bila kita bertemu dengan orang Aceh jangan sekali-kali bertanyakan me­ngenai bapa mereka.

“Dulu, masyarakat Aceh ‘pantang’ apa­bila orang lain bertanyakan mengenai bapa mereka. Menurut Malek, hanya ke­rana kita bertanyakan mengenai bapa mereka, mungkin akan berakhir dengan pergaduhan. Ayat pantang dalam masya­rakat Acheh dulu seperti Bapa nama apa? Bapa buat apa sekarang?…kini tidak lagi jadi larangan,” katanya.

Menurut Yusuf  Oorip, bahasa diguna­kan masyarakat Aceh di Yan kelihatan lebih lembut dan menggunakan bahasa halus. Menurut beliau, ramai daripada masyarakat Aceh di Yan berasal daripada bahagian Kabupaten Aceh Besar iaitu kawasan pentadbiran atau kota raja pada suatu ketika dulu. Pengekalan penggu­naan bahasa Aceh secara tekal ini me­nyebabkan masyarakat ini unik untuk dicontohi.

Masyarakat Aceh juga menggunakan hadih maja (kata-kata hikmat) dalam memberi nasihat dan teguran dengan berhemah – Tayu aneuk buta siblah, tayu gob buta duablah, tajak kedroe baro bagah, ta pabut kedro nyan baro sah yang bermaksud jika kita suruh anak macam buta sebelah mata, jika suruh orang lain macam buta kedua-dua belah mata, lebih baik kita pergi sendiri, jika kita buat sendirr barulah sah.

Selain itu, sifat orang Aceh boleh di­kenali berdasarkan kata-kata hikmat berikut, ureueng Aceh bek teupeh menyoe teupeh, bu lebeh pih han geu peu taba, menyoe hana teupeh, boh kreh pih jeut taraba bermaksud orang Aceh jangan tersinggung, kalau tersinggung nasi basi pun tak dipelawa, sekiranya tidak tersinggung kemaluan pun boleh disentuh. Hadih maja ini memberi gambaran bahawa orang Aceh akan melayan tetamu yang baik dengan layanan yang tersangat istimewa.

Bahasa Aceh di Yon dilihat lebih tekal, klasik dan kekal tanpa banyak mengalami penyerapan bahasa Melayu. Pewarisan menggunakan bahasa Aceh ini menyebabkan penduduk yong berketurunan Aceh di kampung ini khasnya masih menggunakan bahasa mereka apabila berkomunikasi sesama mereka. Menariknyaf masyarakat Aceh di sini akan menukar bahasa mereka apabila bertutur dengan masyarakat lain dan akan menggunakan kosa kata Aceh apabila bertutur sesama penutur bahasa Acheh

Muhammad Khairi Mohamed Nor

Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim

Tambah Khairi, bahasa Aceh juga me­ngalami proses peminjaman dan berasimilasi dengan bahasa lain. Sebagai contohnya, kata pisau disebut sikin dalam bahasa Aceh dan ia kata Arab yang diserap masuk ke dalam bahasa Aceh. Manok yang bererti ayam dilihat menyamai kosa kata dalam masyarakat pribumi di Sarawak.

“Kata-kata berbunga dan berima menarik boleh dikesan dalam bahasa Aceh. Kata-kata seperti ija paweu, natamung, anauek mentuah yang membawa erti tuala. sila masuk dan anak bertuah boleh menjadi sesuatu yang menarik apabila di ucapkan, katanya.

Ralat: Dalam artikel Misteri Etnik siri tiga yang disiarkan Rabu lalu menyatakan Nyak Maun Cut Li  ialah adik kepada Tan Sri Sanusi Junid. Sebenarnya bapa saudara Sanusi  Junid.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s