KISAH ORANG ACEH DI MALAYSIA – III

Darah ulama mengalir dalam masyarakat Aceh

CCI02072013_00003Sanggup Beri Tanah, Dana Bina Sekolah

(Sumber: Suratkabar “Berita Harian”, Malaysia, Khamis, 19 April 2012 hlm/N 8 )

 

CCI02072013_00002

ANTARA pelajar Maktab Mahmud yang meneruskan sistem pendidikan agama dan bahasa Arabdi Kampung Aceh

NIAT asal untuk membantu pe­perangan menentang Belanda, manakala penghijrahan ke bumi orang untuk mencari dana. Untuk itu keringat diperah semata-mata memastikan bumi Aceh terus dapat dipertahankan. Begitu gambaran awal punca kedatangan orang Aceh ke Tanah Melayu pada hujung abad ke-19.

Mereka, kebanyakannya terdiri di kalangan ulama yang menerima tekanan Belanda terpaksa memilih merantau ke bumi orang, bukan menyelamatkan diri, tetapi sebagai usaha penentangan dari jauh. Di bumi orang (Tanah Melayu) terutama di sekitar Yan, ulama ini berusaha mencari dana untuk membeli senjata bagi membantu peperangan di Aceh.

Konsep ‘beras segenggam’ diamalkan semua masyarakat Aceh pada era itu benar-benar memberi impak kepada perkembangan masyarakat Aceh di Tanah Melayu. Setiap isi keluarga tekun mengusahakan pertanian dan sebahagian hasilnya disumbangkan untuk membeli senjata dengan Inggeris di Pulau Pinang tanpa mengetahui betapa mereka mungkin tertipu.

Kesedaran mula timbul dengan kehadiran Teuku Abdul Djalil Lamno yang akhirnya membuka mata masyarakat Aceh di Yan mengenai usaha mereka mungkin sia-sia. Dikatakan, pembelian senjata dengan Inggeris mungkin menyebabkan mereka tertipu kerana hakikatnya Inggeris dan Belanda tidak banyak berbeza. Kedua-duanya adalah penjajah.

Mungkin bagi sesetengah orang, nama Abdul Djalil kurang dikenali, tetapi bagi masyarakat Aceh, lelaki kelahiran Lamno pada 1917 dan berdarah keturunan hulubalang, begitu berjasa dalam sistem pendidikan masyarakat Aceh sehingga kini berdiri megah cawangan Maktab Mahmud sebagai simbol keutuhan me­reka dalam pendidikan Agama dan bahasa Arab.

Antara generasi terawal yang pernah menerima pendidikan awal berkonsepkan sekolah pondok di kampung Aceh, Abdul Malik M Taib, berkata kehadiran Abdul Djalil ke Yan selama lebih setahun sebelum meneruskan perjalanan ke India berjaya mengubah pendekatan sumbangan masyarakat Aceh.

“Beliau memotivasikan penduduk di sini supaya duit yang selama ini dikumpulkan untuk peperangan sewajarnya digunakan untuk pembangunan sekolah agama di kampung Aceh. Nyata, pengaruh dibawanya berjaya mengubah pen­dekatan mereka sehingga wujud Sekolah Agama Attarbiah Addiniah Auladiah yang memfokuskan pengajian agama dan bahasa Arab.

“Sebenarnya disebabkan kebanyakan orang Aceh yang datang ke Yan adalah daripada ulama, pendidikan sudah lama menjadi keutamaan mereka. Malah, sampai hari ini orang Aceh begitu mengambil berat soal ini dan memastikan semua anak mendapat pendidikan sewajarnya.

“Dulu sebelum sekolah dibangunkan, orang Aceh belajar di surau atau dayah dengan didirikan pondok, selepas cadangan Abdul Djalil, sekolah daripada pokok buluh didirikan. Atas keupayaan ekonomi orang Aceh yang semakin membangun, dana semakin banyak dihulurkan orang kampung untuk membolehkan sekolah dari kayu dan simen dibina.

CCI02072013_00001Dulu sebelum sekolah dibangunkan, orang Aceh belajar di surau atau dayah dengan didirikan pondok, selepas cadangan Abdul Djalil sekolah daripada pokok buluh didirikan

Abdul Malik M Taib

“Bagi mereka yang tiada wang, mereka sanggup bekerja sehari suntuk mengangkut batu sungai untuk membantu pembinaan. Ada yang belikan kayu dan ada juga yang sumbangkan hasil berkebun selama sehari dua kepada sekolah. la dilaksanakan pada sekitar 1935. Abdul Djalil sendiri menjadi guru dengan dibantu Tengku Abdul Hamid dan Tengku Md Dahan,” katanya ketika membawa penulis melawat Maktab Mahmud yang kini menggunakan tanah sekolah agama asal itu.

Ternyata, masyarakat Aceh memang selama berhijrah ke Tanah Melayu bengunan dibina tidak mampu menampung pertambahan pelajar. Sekali lagi, penduduk menjadi nadi dengan menyumbang untuk membesarkan sekolah.

Pertambahan pelajar sekali gus memerlukan guru tambahan dan jawatan kuasa sekolah terpaksa mengambil guru dari Aceh untuk mengajar, masalah timbul kerana tiada wang untuk membayar gaji guru.

Semangat orang Aceh dalam berdakwah dan berjuang pada jalanNya begitu menebal. Ramai menyumbangkan tanah untuk diwakaf dan diusahakan untuk pembangunan sekolah. Sistem perkiraan tanah berdasarkan relung dan sebanyak 60 relung berjaya diperoleh untuk di­usahakan serta hasilnya untuk pengurusan sekolah.

Sumbangan tanah ini juga yang mencetuskan penubuhan koperasi SABENA yang berperanan menguruskan tanah sumbangan ini. Pendudukan Jepun mengganggu mereka kerana ketika itu hasil getah merosot sedangkan jumlah tanah terbesar daripada sumber getah.

CCI02072013_00000

MAKTAB Mahmud yang kini menggunakan tapak asal sekolah masyarakat Aceh di Yan.

Jepun pula bertindak melampau de­ngan menawan guru agama dari Aceh yang mengajar di Yan untuk dihantar ke Banda Aceh dan Medan bagi mengintip pergerakan Belanda. Keadaan itu menyebabkan operasi sekolah terhenti dan sistem pondok juga mati. Selepas 1946 baru sistem itu cuba dihidupkan kembali tetapi tidak sehebat dulu.

“Selepas merdeka, sukar sebenarnya mengembalikan kegemilangan sekolah agama ini kerana penduduk sudah mula menganggap pelajaran di sini hanya terhadap kepada bahasa Arab dan agama, se­dangkan pada ketika itu sudah ada se­kolah Ingger is dan sekolah kebangsaan.

“Bukan mudah juga sebenarnya untuk menarik mereka terus belajar di sekolah Inggeris kerana di kalangan keluarga Aceh sudah ditanam semangat antikafir. Bagi mereka, belajar bahasa Inggeris sama dengan belajar ilmu orang kafir. Oleh kerana itu agak lambat juga anak Aceh dengan kemajuan.

CCI02072013_00005“Apapun, zaman pendudukan Jepun banyak juga mengubah kampung Aceh. Ramai berhijrah ke luar dan terus menetap di lokasi baru. Selepas itu pula, ramai pula ditawarkan menjadi peneroka FELDA. la secara tidak langsung menjadi penyebab kepada kemerosotan penduduk di kampung Aceh sekaligus memberi kesan kepada sekolah agama.

“la menyaksikan sekolah agama ini akhirnya tidak mendapat sambutan lagi dan pada sekitar 1960-an, Tan Sri Sanusi Junid mewujudkan sistem pengajian kemahiran di sekolah itu. Itu pun hanya mampu bertahan tidak sampai 10 tahun. Oleh kerana itu saya mencadangkan supaya sekolah ini menjadi cabang Maktab Mahmud Alor Setar. Tidak sampai dua bulan cawangan itu diwujudkan dan ia menjadi pencetus kepada cawangan lain di setiap daerah seluruh Kedah,” katanya lagi.

Menceritakan mengenai uniknya budaya Aceh ialah seorang anak lelaki bujang, jarang tidur dan berada di rumah ia turut dialami Abdul Malik yang ketika zaman bujangnya hanya pulang ke rumah untuk makan dan kembali berada di pondok untuk mendalami ilmu agama.

Bukan kerana jarak pondok yang jauh dari rumah kerana secara fizikalnya, kampung itu tidak sebesar mana tetapi ia sudah menjadi rutin orang Aceh untuk tidur di pondok atau surau belajar aga­ma. Oleh kerana itu banyak surau dan dayah didirikan dalam kampung Aceh dengan dikelilingi pondok. Hampir se­tiap lorong ada surau dan ada juga nama besar sebagai tokoh pengembangan pe­ngajian agama di sana.

Antara nama yang dianggap tokoh dalam pendidikan dalam kalangan orang Aceh ialah Raden Mahmud yang hebat dalam berpidato. Malah, kehadirannya juga yang mencetuskan pertandingan perbahasan antara etnik. Beliau juga dikatakan terbabit dengan Angkatan Pemuda Islam (API) untuk menentang Jepun menyebabkan beliau turut ditangkap dan dihantar ke Aceh bersama-sama Tengku Syed Abu Bakar.

Tengku Hasbullah Inderapuri pula, meskipun dianggap sebagai tokoh besar orang Aceh di Yan, bukanlah pula bertindak sebagai pengajar. Beliau lebih kepada pakar motivasi yang menanam semangat cintakan Aceh kepada masyarakat itu di Tanah Melayu. Adiknya, Tengku Md Dahan pula pakar al-Quran yang mengajar.

Meskipun berlainan pendekatan, adik beradik Hasbullah dianggap pencetus ke­pada perkembangan pendidikan dan sistern dakwah di kampung Aceh termasuk adiknya Tengku Md Dahan dan Tengku Abdul Hamid yang jasadnya kini bersemadi di lokasi belakang Maktab Mahmud.

“Teringat saya ketinggian ilmu Md Da­han ketika mengajar dulu. Kami belajar di tingkat bawah rumah, manakala Md Dahan di atas dengan hanya memegang batu. Beliau mendengar kami membaca dan akan mengetuk batu ke lantai kayu jika ada tersilap. Tanpa melihat kami, dia tahu di mana silapnya,” katanya.

Kampung Aceh bukan sekadar pen­cetus kepada pendidikan agama dan dakwah orang Aceh di Malaysia tetapi turut melahirkan pejuang yang menentang Belanda dan kepemimpinan Sukarno sehingga ada yang diburu serta melarikan diri ke negara ini seterusnya meninggal dunia di Yan.

NAMA TEUKU ABDUL DJALIL TERUS DIKENANG HINGGA KINI

CCI02072013_00004BAGI generasi muda di Aceh, tidak ramai mengetahui latar belakang sejarah Dr Teuku Abdul Djalil. Namun, bagi warga Aceh di Yan, Kedah, nama beliau sangat disanjung dan diingat sepanjang masa. Nama Teuku Abdul Djalil tertulis di batu nisan bersama nama Tengku Abdul Hamid, sebagai pengasas sekolah agama, Attarbuyah Adiniyah Anlamiyah pada 1938.

Tujuan utama penubuhan sekolah itu pada asasnya untuk mendidik anak Aceh dan menjadi pusat penyebaran Islam, pengekalan bahasa Aceh yang jelas berjaya dipertahankan sampai hari ini selain ba­hasa Arab yang turut menjadi kebanggaan warga Aceh serta melahirkan ulama yang berjuang untuk mempertahankan maruah bangsa Aceh dan agama Islam.

Menurut Abdul Djalil, rakyat Aceh perlu ada sekolah yang mampu melahirkan tokoh berkualiti tinggi dan dapat bersaing dengan sekolah Belanda dan Inggeris. Usahanya mewujudkan sekolah itu berjaya membuka peluang kepada masyarakat Aceh di Yan untuk mendapat pendidikan sempurna selepas membina perkampungan di situ sejak hujung abad ke 19.

Malah, masyarakat Aceh yang sempat mengenali beliau arnat terhutang budi kepadanya kerana usaha dan pandangannya berjaya merlibah pendekatan mereka untuk lebih memfokuskan kepada pen­didikan bagi memacu masa depan anak Aceh sehingga kini sudah ramai yang berjaya.

Meskipun kini, sekolah itu sudah dipinjamkan kepada Maktab Mahmud, pendirian orang Aceh begitu kuat. Sis­tem pengajian agama yang mengutamakan bahasa Arab terus menjadi keutamaan. Mereka enggan menjual tanah itu kepada Maktab Mahmud kerana bagi me­reka, selagi mana sistem yang mengutamakan dua elemen itu dipertahankan, mereka akan sentiasa merelakan tanah itu digunakan.

Jika satu hari nanti, sistem berubah iaitu bahasa Arab tidak lagi diajar, kami tidak akan teragak agak mengambil kembali tanah pusaka ini. Dalam perjanjian, hanya sistem pendidikan yang mengekalkan bahasa Arab dibenarkan menggunakan kemudahan kami secara percuma. Jika berubah, perjanjian itu akan terbatal,” kata Abdul Malik M. Taib, menceritakan mengenai perjanjian dengan Maktab Mahmud sejak 1998.

Kembali mengenali Teuku Abdul Djalil yang lahir pada 1917 di Lamno, anak kepada Teuku M. Yunus. Pada awalnya, beliau mengendalikan pendidikan agama di Lamno dan melanjutkan pelajaran ke Montasik, Aceh Besar. Beliau juga teman kepada bekas Gabenor Aceh, Profesor Ali Hashimy.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Maktab Tawalleb, Padang. Selepas menamatkan pengajian di Padang, beliau memulakan reformasi kemerdekaan ke Pulau Pinang, sebelum melanjutkan lagi pengajiannya ke peringkat doktor falsafah dalam bidang kemanusiaan di Universiti Lahore, India.

Ketika dalam porjalanan ke India, beliau singgah di Kampung Aceh. Yan untuk mengasaskan sekolah agama dan berada selama setahun di sana. Nyata. meskipun cuma setahun, impak kehadirannya cukup besar dan berjaya mengubah pemikiran dan pendekatan penduduk.

Beliau meninggal dunia pada 21 Julai 1963 pada usia 46 tahun selepas berjuang dalam pelbagai bidang termasuk menjadi aktivis sosial bersama Tengku Abdul Wahab dan Tengku Mohd Amin, imam Masjid Jamek Lamno. Bagi orang Aceh di Yan, nama beliau diabadikan sebagai pencetus perubahan di sana.

Iklan

2 pemikiran pada “KISAH ORANG ACEH DI MALAYSIA – III

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s