KISAH ORANG ACEH DI MALAYSIA -II

SEMANGAT KENTAL ACEH GERAKKAN EKONOMI YAN

Lebarkan Kegiatan Pertanian Kepada Perniagaan, Profesional

Selepas Merdeka

( Sumber: Suratkabar “Berita Harian”, Malaysia, Rabu, 18 April 2012 hlm/N 8 )

CCI02072013_00003YAN, meskipun berada jauh dari Bandaraya Alor Setar dan lebih sesuai dikelaskan sebagai kawasan luar bandar, bagaimana pun pembangunan sektor ekonominya tidak boleh dipandang sebelah mata kerana ramai tokoh korporat dan profesional lahir dari sistem pendidikan serta ekonomi yang dibentuk sejak sekian lama.

Melihat kepada blok kedai yang hanya ada beberapa baris di situ, jelas Yan tidaklah semaju mana, realitinya di situ pernah berlaku aktiviti ekonomi aktif digerakkan masyarakat setempat yang sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan kebanjiran masyarakat Aceh yang sudah bertapak sejak penghujung abad ke-19.

CCI02072013_00001Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan orang Aceh yang mencorak sektor ekonomi di Yan suatu ketika dulu. Sampai hari ini juga, warisan gerakan ak­tiviti ekonomi untuk menjaga kebajikan masyarakat mereka masih diteruskan dengan penubuhan koperasi atas nama Syarikat Kerjasama Sekolah Agama Attarbiah Addinniah Al Auladiah Kampung Aceh (SABENA).

Bukan setakat itu, sebenarnya masya­rakat Aceh di Yan pernah menubuhkan satu usaha perkongsian dikenali Sya­rikat Perkongsian Kampung Aceh pada sekitar 1940- an yang bergerak dalam bidang perniagaan dan industri seperti kilang padi, kilang papan, gudang asap, pengangkutan dan pelbagai lagi.

Orang Aceh di Yan yang kebanyakannya berasal dari Nanggroe Aceh di Sumatera, Indonesia dan berhijrah secara besar-besaran pada 1890 -an mula membuka kebun lada, pala dan cengkih se­bagai tanaman tradisi untuk menjana pendapatan di perantauan.

Berdasarkan sejarah, pada sekitar 1820- an, Nanggroe Aceh pernah membekal hampir separuh bekalan lada dunia, menggambarkan kemakmuran wilayah itu satu ketika dulu.

Sejak 1930 -an, orang Aceh mula mengorak langkah dalam bidang ekonomi ketika harga getah melonjak kepada se­kitar RM2 sekati, sekaligus membuka minat masyarakat itu untuk mencuba sektor pertanian baru.

Malah, orang Aceh di Yan tidak sekadar menjadi penoreh semata-mata. Mereka turut mendirikan kilang memproses getah atau rumah asap dalam saiz yang sederhana untuk memproses sendiri hasil mereka.

CCI02072013_00002Jelas, orang Aceh memang bersemangat kental menaikkan ekonomi masyarakat mereka sendiri kerana bukan se­takat satu rumah asap, mereka mendirikan sehingga tujuh pusat pemerosesan itu di Kampung Aceh dengan setiap ru­mah asap itu dilengkapi dua mesin tangan. Mereka memonopoli industri itu kerana orang Cina sekadar memiliki satu rumah asap ketika itu.

Antara individu yang membangunkan rumah asap di Kampung Aceh ialah Nyak Muhamad, yang tapak kilang asapnya kini sudah didirikan pusat kem motivasi di bawah kendalian Kampung Aceh Ma­nagement Centre (KAMC). Di sekitar Titi Hayun pula, Syamaun Teuku Muhamad turut menjadi pemilik kepada sebuah lagi rumah asap.

Seorang tokoh agama dan pembangunan yang disegani pada era awal abad ke 20, Nyak Gam turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi dengan pembinaan rumah asap ini iaitu di sekitar Kampung Ruat, Yan.

Di Bukit Megat, Yan, rumah asap dimiliki Abu Bakar Ibrahim turut menjadi tanda orang Aceh menguasai ekonomi di Yan. Semua kilang asap ini lumpuh ketika Jepun menguasai Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua (1945).

Jika melihat kepada saiz dan pembangunan Yan, sukar untuk dipercayai yang lebih setengah abad dulu, di sini pernah wujud pelbagai kilang dan kegiatan ekonomi yang mula mengubah bidang kerjaya orang Aceh daripada petani kepada sektor lain termasuk peniaga dan profesional.

Mereka toreh getah, mereka proses sendiri dan mereka juga jual sendiri. Di sekitar 1940-an ada lima pengusaba kedai getah iaitu Maun Teuku Muhamad di Jalan Mesjid Pekan Yan, Nyak Maun Cut Li (adik kepada Tan Sri Sanusi Junid), Nyak Muhamad, Nyak Amin Teuku Itam di tapak kedai Jalan Masjid Yan dan Sbamsuddin Khan. Ketika itu hanya ada sebuah kedai Cina dimiliki Ah Tek (Tau-ke Tip).

Selain itu, kilang papan turut dibangunkan dan beroperasi di Guar Chempedak pada sekitar 1950-an yang digerakkan tiga rakan kongsi yang diberi nama ‘Gaya Kamar’ terdiri daripada Nyak Gam, Syed Omar al-Mashor, Syed Ali dan Bakar Ibrahim. Selepas kematian mereka, generasi seterusnya enggan meneruskan perniagaan itu menyebabkan ia tidak lagi beroperasi.

Ketara sekali yang orang Aceh memiliki jiwa peniaga dan tidak betah terus hidup sebagai petani. Percaya atau tidak, di Pekan Yan pada sekitar 1950-an, ada panggung wayang yang diusahakan orang Aceh iaitu Ali Nyak Osman yang menggunakan nama ‘The Hong Kong and Shanghai Cinema’, terletak di tanah bersebelahan jambatan Pekan Yan, 500 me­ter dari Masjid Jamek Badlishah.

la mencetus satu lagi sektor pekerjaan baru kepada orang Aceh yang sudah mu­la perlahan demi perlahan berhijrah da­ripada sektor pertanian. Kerana itu, kini di Kampung Aceh, sukar sekali mencari petani kerana kebanyakannya sudah berniaga atau bergelar profesional. Jika ada pun saki-baki penduduk di situ, mereka sudah memfokuskan kepada koperasi dan aktiviti ekonomi lain.

Panggung wayang yang dibuka selepas Maghrib hingga tamat dua filem pada jam 10 malam itu menggaji orang Aceh saja. Dari pada penjual tiket hingga penjaga pintu masuk, orang Aceh memonopoli semuanya. Tidak ada sistem tiket tetapi sekadar sapu tangan yang diikat pada kerusi menandakan ia sudah ditempah. Harga tiket pula hanya 50 sen untuk kelas A dan 30 sen untuk kelas B.

Sumbangan orang Aceh terhadap sektor ekonomi Yan bukan setakat itu saja Kerana itulah nama seperti Nyak Gam begitu gah di situ, kerana beliau turut berkongsi dengan Nyak Maun Cut Ali membentuk syarikat ‘The Yan Bus Transport Company berpangkalan di Guar Chempedak. Dengan mengenakan tambang hanya 15 sen saja, perkhidmatan disediakan dari Yan ke Guar Chempedak dan Gurun ke Jenjang.

CCI02072013_00000Selepas 1950-an, memasuki era 60-an mereka semakin mengorak langkah lebih lebar dalam bidang perniagaan dengan sudah ada pengusaha ked kok iaitu oleh Nyak Harun Ubit dan kedai jahit oleh Nyak Abbas Mahmud, Hasbullah Ali, Du ‘Ad Hasani dan Abdul Hamid.

Justeru, jika merujuk kepada cetusan dalam pelbagai sektor oleh orang Aceh sejak era sebelum kemasukan tentera Jepun, tidak boleh dinafikan yang mereka adalah monopoli utama sektor eko­nomi di Yan. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan mereka kuasa utama ekono­mi di daerah itu. Namun, selepas penghijrahan generasi baru ke luar Yan, ia baru membuka ruang kepada etnik lain untuk mengambil alih penguasaan me­reka.

Pengerusi SABENA, Mohd Noor Ibrahim, berkata antara sebab mengapa masyarakat Aceh berjaya membina kerjaya dan memacu ekonomi dengan begitu baik ialah kerana faktor penghijrahan mereka sendiri adalah untuk meningkatkan ekonomi selepas tertekan dengan Belanda di tanah Aceh sendiri.

“Orang Aceh memang generasi yang bersemangat kental. Kerana itu sampai ke sudah Belanda gagal menawan Aceh secara keseluruhannya sekaligus menjadi wilayah tunggal yang gagal ditangani mereka di Indonesia. Malah Belanda terpaksa menggunakan taktik kotor untuk menawan Aceh.

CCI02072013_00003Belanda dapat kenal pasti yang orang Aceh kuat kerana ulama dan bangasawan saling bekerja sama dalam mempertahankan Aceh. Mereka (Belanda) terpaksa menghantar Dr C Snouck Hurgronje untuk menyamar dan masuk dalam masyarakat Aceh sekedar untuk membuat kajian mengenai masayarakat ini.

Snouck menyamar sebagai orang Islam, belajar ilmu agama dan turut ke Makkah semata-mata untuk mendekati cara hidup orang Aceh. Semuanya dilakukan untuk mencari kelemahan orang Aceh. Dia menyamar menggunakan nama Abdul Ghaffur. Kajiannya begitu terperinci sehingga ke hal kecil termasuk makanan dan pakaian.

Akhirnya, dia berjaya pecahkan antara golongan bangsawan dan ulama. Itu punca utama ramai ulama menjadi sasaran dan terpaksa berhijrah ke sini. Namun sebenarnya Belanda tetap gagal menawan Aceh. Itu memberi gambaran betapa semangat ulama Aceh dan bangsawan begitu kuat sehingga di sini. Golongan tengku dan teuku banyak berperan meningkatkan ekonomi masyarakat Aceh di Yan, katanya.

Menurutnya lagi, paling ketara ialah usaha orang Aceh sentiasa mengutamakan kelompok masyarakatnya dengan penubuhan koperasi. Penubuhan SABENA menjadi bukti yang komitmen orang Aceh begitu teguh untuk kemajuan ekonomi masyarakat mereka.

Konsep ukhwah teras utama lonjak taraf hidup

CCI02072013_00004BERPEGANG pada tiga teras masyarakat, orang Aceh di Yan nyata membuktikan yang konsep ukhuwah dan kerjasama mampu mengangkat mereka ke satu tahap terbaik ketika ini, meletakkan masyarakat yang sebelumnya terpaksa berhijrah dari Indonesia berada dalam kelompok profesional dan kelas tersendiri.

Tidak boleh dipandang sebelah mata mengenai kemampuan mereka dalam perniagaan. Percaya atau tidak, di mana saja orang Aceh bergabung, kawasan itu boleh dimonopoli mereka dengan mudah. Sebagai contohnya, kawasan Chow Kit di Kuala Lumpur sehinggakan ada yang menggelarnya pekan Aceh.

Berbalik pada tiga teras utama, orang Aceh bernaung dan membuat gerakan perniagaan untuk manfaat masyarakat mereka menerusi Persatuan Ikatan Ma­syarakat Aceh Malaysia (IMAM), Koperasi Sekolah Agama Attarbiah Al Auladiah Kampung Aceh (SABENA) dan Kampung Aceh Management Centre (KAMC).

Nyata tiga teras ini saling kait mengait untuk memacu ekonomi masyarakat Aceh terutama di Yan. Bermula dengan nama Persatuan Iskandar Tsani ketika beroperasi di Pulau Pinang yang diketuai tokoh Aceh setempat seperti Pak Wahi, Raden Mahmud, Pak Wan Chik, Nyak Omar, Abu Bakar Hashim dan beberapa orang lagi di utara Semenanjung.

Kemudian pertubuhan ini bertukar na­ma kepada Persatuan Aceh Seupakat yang beroperasi di Kuala Lumpur membabitkan beberapa tokoh lain seperti Ridzuan Wahi, Ibrahim Nyak Maon, Datuk Fisol Hasan, Sajali Abdul Ghani dan Mohd Noor Juli. Pada ketika itu Tan Sri Sanusi Junid dilantik sebagai penasihat dan menjadi penyumbang paling besar.

Selepas beberapa masalah, akhirnya persatuan ini ditukar lagi kepada IMAM yang dipimpin Sanusi sebagai presiden, Jasni Abdul Ghani sebagai Naib Presiden dan Abdul Rahman Yasin sebagai setiausaha. Nyata pergerakan bersama orang Aceh memacu ekonomi melalui persatuan sebegini banyak melonjakkan taraf hidup mereka sehingga mampu pula membantu orang Aceh di Indonesia yang dilanda bencana tsunami pada 2004.

Nyata begitu banyak sekali pembabitan IMAM dalam meningkatkan kualiti ekonomi mereka termasuk menjaga kebajikan masyarakat mereka sendiri. Tanggungjawab sosial turut diberi perhatian dengan membantu anak yatim kesan dari tsunami. Atas dasar melihat kepentingan untuk melonjakkan ekono­mi mereka, SABENA.

Matlamat utama SABENA adalah un­tuk meningkatkan kepentingan ekonomi ahli mengikut prinsip koperasi dan menjalankan aktiviti porkhidmatan seperti jual beli, sewaan, pajakan, pemborongan, usaha sama, pelaburan dan pelbagai lagi. Selain saham individu daripada masya­rakat Aceh sendiri, SABENA juga aktif melabur dalam bank berisiko rendah se­hinggakan aset mereka kini mencecah lebih RM 2 juta.

“Kerjasama erat antara IMAM dan SA­BENA nyata mencetuskan sesuatu yang lebih positif apabila kami kini memiliki pula KAMC yang mempunyai kemudahan kem motivasi dengan kos sewaan rendah untuk meningkatkan pendapatan koperasi. Kem ini diuruskan sepenuhnya orang Aceh sendiri dan semuanya masih kekal di kampung Aceh.

“Di sini (KAMC), disediakan kemudahan yang lengkap untuk aktiviti kem seperti pejabat, rumah berkembar, kabin, bilik dorm, khemah. dewan terbuka, kantin, tandas, surau, gimnasium, kolam renang mini, kawasan mandian di sungai, pondok rehat, landslip dan persekitaran yang nyaman.

“Baru beberapa tahun beroperasi, KAMC sudah berjaya memberi pulangan sebanyak 20 peratus daripada saham yang dilaburkan penduduk sebelum ini. la jelas petanda kemudahan ini adalah untuk kami semua,” kata Setiausaha IMAM, Abdul Rahman Yasin.

Iklan

3 pemikiran pada “KISAH ORANG ACEH DI MALAYSIA -II

  1. saya mau ke malaysia tapi belum tau tempat-tempat gitu ada gak yang mau tolong saya, saya orang orang aceh

  2. bantuan yang bagaimana ?

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s