KISAH ORANG ACEH DI MALAYSIA -II

SEMANGAT KENTAL ACEH GERAKKAN EKONOMI YAN

Lebarkan Kegiatan Pertanian Kepada Perniagaan, Profesional

Selepas Merdeka

( Sumber: Suratkabar “Berita Harian”, Malaysia, Rabu, 18 April 2012 hlm/N 8 )

CCI02072013_00003YAN, meskipun berada jauh dari Bandaraya Alor Setar dan lebih sesuai dikelaskan sebagai kawasan luar bandar, bagaimana pun pembangunan sektor ekonominya tidak boleh dipandang sebelah mata kerana ramai tokoh korporat dan profesional lahir dari sistem pendidikan serta ekonomi yang dibentuk sejak sekian lama.

Melihat kepada blok kedai yang hanya ada beberapa baris di situ, jelas Yan tidaklah semaju mana, realitinya di situ pernah berlaku aktiviti ekonomi aktif digerakkan masyarakat setempat yang sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan kebanjiran masyarakat Aceh yang sudah bertapak sejak penghujung abad ke-19. Baca lebih lanjut

Iklan

KISAH ORANG ACEH DI MALAYSIA – I

Assalamu’alaikum.

Encik Azrul Affandi  Sobri (+ 6019662…). Saya Fahmi dari pejabat Tan Sri Sanusi Junid. Saya dapatkan nombor  Encik daripada  Kak Mona Ahmad. Encik, ada pensyarah di Universiti  Syiah Kuala Banda Aceh, T.Abdullah Sulaiman(+628126949…) atau lebih dikenali dengan nama pena T.A Sakti, yang begitu meminati tulisan enam siri mengenai etnik Aceh yang  Encik tulis pada bulan April 2012. Oleh karena ramai juga orang Aceh yang meminati tulisan  Encik, maka beliau nak minta izin untuk turunkan semula keenam siri tulisan ini secara penuh dalam blog beliau di alamat www.tambeh.wordpress.com. Besar harapan kami Encik memberi izin kepada permohonan kami di atas. Terima kasih. Wassalam. c.c: 1. Tan Sri Sanusi Junid. 2. T.Abdullah Sulaiman

Pengirim Tgk Fahmi =60163928…   Diterima : 07:02:24, 30-01-2013

Assalamua’alaikum.

Tan Sri, Nyoe jawaban yang  geubrie lei En. Azrul : tak ada  masalah bagi saya berkongsi  apa yang bersifat ilmu asalkan membawa manfaat pada semua…  saya memang nak tau juga apa respon Tan Sri berkenaan artikel itu semua

Pengirim Tgk Fahmi =60163928…   Diterima : 07:04:27, 30-01-2013

Asw. Trimg gaseh nyang rayek that ka neutem tulong peuglah hate lon  nyangka meu c’uet2 lbh sikhan thon. Nyakni suai tlsn lam BERITA HARIAN  ttg urg Aceh di Malaysia nyang niet ulon posting lam blog  Tambeh. Syukur Alhamdulillah,  wlp hana ban 6 siri – hanya 4 siri sagai nyang dipuwoele  syeedara lon dr P.Pinang – insya Allah lam bln Feb ’13 akan lon posting teuma, sbb bunoe  banlhh posting cit!.  Trimggash lom keu Encik Fahmi krn ka neu krm cit no. Hp Encik Azrul Affandi Sobry!. T.A.Sakti

Ke

Tgk Fahmi + 60 163928…

Terkirim: 16:25:57

30-01-2013

Wa’alaikumsalam.

Sama2, lon pih seunang hate jeut bantu  guree. Seri toh  yang hana nibak droen  mangat jeut kamoe copy  dan kirem keunan?

Pengirim Tgk Fahmi,  +60163928…   Diterima : 09:27:55, 30-01-2013

( Catatan: Ketiga sms di atas saya postkan, Jum’at shubuh,  19 Khanuri Bu 1434/ 19 Syakban 1434 H/ 28 Juni 2013 M, pukul 5.47 pagi, sempena menyambut bulan Ramadhan 1434 H. Selamat berpuasa saya ucapkan kepada seluruh  kaum Muslimin -Muslimat di seantero Dunia!. Bale Tambeh, T.A. Sakti ).

                       CARI DANA DORONG WARGA ACEH HIJRAH

Perang Dengan Belanda Bawa Mereka Menetap Di Yan, Kedah

( Sumber: Suratkabar “Berita Harian”, Malaysia,  Isnin, 16 April 2012 hlm/N 8 )

CCI02072013_00003SUDAH hampir lapan tahun ketika bencana tsunami yang melanda Aceh, Sumatera Utara, Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Thailand, pantai timur India, Sri Lanka, bahkan sehingga pantai Timur Afrika. Bencana yang dianggap terburuk dalam dekade ini mengorbankan ratusan ribu nyawa de­ngan paling ramai adalah di Aceh.

Lebih 100,000 nyawa menjadi korban dan setengah juta lagi penduduk Aceh kehilangan tempat tinggal. Seluruh dunia memberikan perhatian terhadap wilayah Islam itu yang berubah menjadi padang jarak padang tekukur dalam masa beberapa minit saja pada 26 Disember 2004. Bukan sekadar simpati, tetapi tangisan kesedihan turut dikongsi penduduk du­nia dengan nasib malang yang menimpa wilayah itu. Apatah lagi, gambaran yang disampaikan media begitu meruntun hati sesiapa saja yang melihatnya. Tangisan dan ratapan Aceh juga bukan sekadar di wilayah itu, tetapi menjalar sehingga ke negara ini.

CCI02072013_00002Bukan juga sekadar penduduk wilayah itu yang kehilangan ramai saudara mara, malah ramai juga rakyat negara ini turut merasai kehilangan. Ada yang hilang nenek dan ada yang hilang ayah saudara. Ada juga yang hilang semua keturunan yang masih ada di Aceh. Tangisan dan ratapan mereka ini begitu sayu di sempadan Gunung Jerai dan Pantai Murni.

Yan Besar sehingga ke Merbok, iaitu sepanjang pesisir pantai atau lebih tepat lagi di pesisir Pantai Murni ialah lokasi paling popular perkampungan masyara­kat Aceh yang sudah mula masuk ke negara ini pada sekitar 1890-an. Mereka sudah melepasi generasi keempat dan kini mereka warganegara Malaysia.

Bagi sebilangan kecil penduduk gene­rasi ketiga, rasa akrab dan rapat dengan tanah asal kelahiran keturunan mereka iaitu di Aceh begitu menebal, tambahan pula berada di sekitar kawasan mereka, bahasa dan budaya Aceh begitu kuat diamalkan, walaupun sudah banyak berlaku asimilasi dengan orang Melayu Kedah.

Menyingkap kehidupan masyarakat Aceh di Kampung Aceh, Yan Besar, Kedah, meskipun semakin dihimpit ketandusan penduduk lantaran semakin ramai bergelar profesional dan berhijrah keluar dari daerah itu, tetapi sisa tinggalan masyarakat asal yang berpindah ke situ dari Aceh, Indonesia masih dikekalkan.

Jelas, bicara mengenai etnik yang mempunyai sejarah pegangan agama yang kuat itu banyak berkisar mengenai sumbangan besar mereka dalam perkembangan dakwah dan ekonomi di daerah itu. Orang Aceh, meskipun semakin diasak kemodenan dan kehidupan profe­sional, latar belakang keturunan pendak-ah masih menguatkan jati diri mereka.

Ini kerana sejarah kehadiran mereka ke Kampung Aceh dapat dikaitkan dengan dua versi yang kuat dan antaranya merujuk kepada penghijrahan golongan ulama serta pendakwah yang mencari tapak bagi mencari dana untuk meneruskan perjuangan mereka menentang Belanda di bumi Aceh.

CCI02072013_00003Jika dikatakan masyarakat Aceh ada­lah satu masyarakat yang kental dalam mempertahankan hak mereka, ia sangat bertepatan sekali. Ada ketikanya mereka begitu lernbut dan mudah didekati serta ada ketikanya pula mereka tampil tegas menafikan rampasan terhadap hak me­reka.

la fakta kerana sepanjang penjajahan Belanda di Indonesia, tanah Aceh menjadi wilayah paling sukar untuk ditawan. Tentangan sentiasa ada dan mereka (Be­landa) kehilangan banyak nyawa. Ten­tangan bukan sekadar datang daripada pejuang, tetapi golongan bangsawan dan ulama.

Sehinggakan seorang penulis di Eropah pernah menulis dalam bukunya, A History Of Mod  Indonesia, di halaman 137 yang menyebut – “Baru kini penjajah Belanda berhadapan dengan satu lawan yang paling kaya, kuat, berperaturan dan berdisiplin, paling lengkap bersenjata serta keras semangat merdekanya!”Malah, satu. kenyataan lucu yang diluahkan Setiausaha Koperasi SABENA, Abdul Rahman Yasin, merujuk kepada satu pepatah Aceh – “Jika tersentuh hati orang Aceh, jangankan mahu diajak makan, mahu diberi sisa makanannya pun tidak mereka sudi. Tetapi, jika dapat ditawan hatinya, telurnya pun boleh disentuh.”

Konsep dakwah dan Islam yang dibawa mereka nyata menjadi senjata ulama untuk membolehkan mereka dengan mudah mendirikan

perkampungan di Yan. Mereka senang diterima masyarakat tempatan dan dengan kemahiran berniaga yang adaf pembangunan ekonomi di Yan berjaya dicetuskan

la jelas menceritakan betapa masya­rakat ini begitu tegas dalam mempertahankan hak mereka. Bukan mudah menawan hati dan kawasan mereka. Malah, penghijrahan mereka pada awalnya ke negara ini bukan sekadar mahu menjadi perantau tetapi mempunyai matlamat un­tuk mempertahankan tanah air mereka.

Kembali kepada dua versi penghijra­han mereka ke Tanah Melayu terutama ke Kampung Aceh pada hujung abad ke 19, kedua-duanya merujuk kepada tekanan yang diterima daripada penjajahan Belanda di Atjeh (Aceh). Versi pertama merujuk kepada pergerakan mereka bermula dari Pulau Pinang selepas merosot dalam perdagangan.

Versi kedua pula merujuk kepada peng­hijrahan ulama ke beberapa daerah di Kedah termasuk Langkawi dan Yan khusus mencari dana bagi menguatkan jentera perang mereka di Aceh. Dikatakan, golongan ulama ini mengusahakan pertanian dengan menggunakan konsep beras segenggam dengan sebahagian hasil pertanian disimpan untuk disalurkan ke Aceh untuk membeli senjata.

Kedua-dua versi mempunyai faktanya tersendiri, tetapi jika melihat kepada tinggalan kubur ulama, pondok, surau dan kitab di Kampung Aceh, lebih jelas menunjukkan memang golongan ulama memonopoli perkampungan Aceh di se­kitar Kedah. Bermula dari Merbok, me­reka bergerak ke Ruat, sebelum akhirnya berkampung di Yan.

CCI02072013_00000Di setiap kawasan itu, ada tinggalan sebagai bukti kukuh kehadiran mereka ke situ sama ada kubur ulama dan surau. Bagaimanapun, penghujung proses hij­rah mereka berakhir di Yan atau lebih tepat lagi Kampung Aceh yang kini turut menempatkan Maktab Mahmud yang menggunakan sebahagian kemudahan sekolah agama yang didirikan masya­rakat Aceh pada awal abad ke-20.

Mudahnya mereka mengajak orang Aceh lain untuk berhijrah ke Yan ialah kerana adanya Gunung Jerai sebagai mercu tanda. Dari Aceh, dengan menyeberang Selat Melaka ke Pantai Murni. Jelas, ia menguatkan dakwaan kenapa ramai orang Aceh terus ke daerah itu dengan hanya bergantung kepada petunjuk itu.

Konsep dakwah dan Islam yang dibawa mereka nyata menjadi senjata utama un­tuk membolehkan mereka dengan mu­dah mendirikan perkampungan di Yan. Mereka senang diterima masyarakat tempatan dan dengan kemahiran ber­niaga yang ada, pembangunan ekonomi di Yan berjaya dicetuskan.

Bagaimanapun, ketika itu, nawaitu un­tuk membantu Aceh masih kuat dan kebanyakan mereka berusaha keras meusaha Belanda dapat dipatahkan. Menurut seorang generasi ketiga Kampung Aceh, Abdul Malik M Taib, 75, semua orang Aceh di Yan ketika itu tidak kisah memperuntukkan sebahagian hasil tanaman untuk tanah Aceh.

“Kehadiran seorang ulama yang singgah di Kampung Aceh, Tengku Abdul Jalil Lamno, berjaya membuka mata mereka mengenai usaha yang dianggap sia-sia. Menurutnya, tiada guna kumpul duit dan beli senjata dari Inggeris di Pulau Pinang untuk dikirim ke Aceh kerana mereka juga sama seperti Belanda. Mungkin senjata mereka tidak berkualiti.

“Tengku (gelaran untuk ulama) menasihati mereka sekaligus menjadi pencetus kepada transformasi nawaitu orang Aceh daripada menyimpan untuk berperang kepada raenyalurkan dana penubuhan sistem pendidikan agama, khusus untuk perkembangan dakwah dan agama orang Aceh di sini (Yan).

“Pandangannya berjaya mengubah pendekatan masyarakat Aceh di sini. Mereka menyalurkan pula dana sehingga terbinanya sistem surau, dayah (sistem berpondok) dan madrasah. Malah, usaha orang kampung sendiri berjaya membina sekolah agama yang turut menjadi pencetus kepada cawangan pertama Maktab Mahmud di Kedah,” katanya.

Masyarakat Aceh kini bukan lagi sekadar ulama. Keturunan mereka sudah meninggalkan harta yang amat berharga iaitu ilmu dan kemahiran berniaga. Orang Aceh kini sudah ada yang bergelar menteri, ahli perniagaan dan profesional. Malah, sistem pendidikan awal yang dibentuk mereka berjaya melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang, namun tidak mengetepikan pegangan kuat terhadap agama.

ORANG ACEH PALING RAMAI KE YAN ANTARA 1888 HINGGA 1915

Arus kedatangan orong Aceh ke Yan pula paling ramai berlaku antara  1888 hingga 7915. Mereka ini terbahagi kepada beberapa kumpulan. Satu bahagian ke Bukit Aceh Merbok dan tinggal bertebaran sehingga ke Singke (Singkir) sehingga sekitar 1960 di mana masih ada arang Aceh menetap di sana

CCI02072013_00001DAERAH Yan adalah satu daripada 11 daerah yang terdapat di negeri Kedah. Daerah terkecil berbanding da­erah lain itu dengan keluasan hanya se­kitar 152 kilometer persegi itu berada 40 kilometer dari Bandar Raya Alor Setar dan disempadani Kota Setar di utara, Pendang di timur dan Kuala Muda di selatan. Di sisi baratnya pula, terbentang Selat Melaka yang memisahkan Malaysia dan Indonesia.

Di daerah ini terdapat perkampungan utama masyarakat Aceh di negara ini iaitu di Kampung Aceh. Sebenarnya, ada dua kampung Aceh sebelumnya yang terpisah dengan Gunung Jerai iaitu Kam­pung Merbok di bahagian timur dan Kampung Ruat di barat berdekatan laut.

Orang Aceh di Merbok berkampung di pinggir sungai jalan menuju ke bukit yang dikenali sebagai Bukit Aceh di belakang balai polis. Pemimpin musafir ketika itu ialah Tengku Po Cut Aji Po Bale dan Cut Leh Cut Usuf. Tengku Po Cut Aji adalah seorang ulama serta hartawan dan mempunyai seorang anak gadis iaitu Nyak Aishah yang kemudian dinikahkan dengan Tengku Madhah (Tengku di Yan), kemudian terkenal dengan nama Ma Cut Da Abu Madhan.

Kumpulan orang Aceh yang mendarat di Sungai Ruat pula dipimpin bersama Peutua Lah (Cut Abdullah Cut Yusof) serta Tengku Muhamad Daud Imam. Pe­utua Lah juga seorang hartawan yang mempunyai banyak emas. Di kampung Ruat, beliau sangat terkenal serta memiliki tanah yang luas serta mempunyai ramai pekerja.

Anak ialah Syamaon dan Nyak Fatimah. Syamaon ialah anak lelaki (dalam bahasa Aceh) atau ‘agam’. Akhirnya be­liau dikenali sebagai ‘Nyak Gam’, se­orang pendakwah tersohor juga di kam­pung Aceh dan mempunyai kubur keturunannya di Ruat.

Tengku Muhamad Daud Imam ialah seorang ulama yang alim. Beliau mengajar agama di Masjid lama Kampung Ruat yang terletak dalam kawasan tanah perkuburan ketika ini di Ruat. Sebagai penghormatan, tapak itu ditanda dengan tiang dan dilarang mengebumikan jenazah di atasnya.

Sedikit mitos mengenai Kampung Ruat ialah sebelum kedatangan Islam ke Ke­dah, dikatakan penduduknya beragama Buddha. Terdapat beberapa tempat dibangunkan dengan uwat atau wat (seperti kuil yakni rumah ibadat dan belajar agama Buddha). Tetapi, bekas bangunan wat itu sudah terhakis di sekitar Bukit belida yang kononnya dipimpin Tok Yan.

Pada masa pribumi sudah meninggalkan Buddha, orang tidak lagi menyebut wat atau uwat dan diganti dengan Ruwat (Kampung Ruat). Di Kedah ada beberapa tempat atau pekannya mempunyai nama asal Siam seperti Canglon (Changlun), Na Kha (Naka), Kodeng (Kodiang) dan Beladong (Bedong)

Arus kedatangan orang Aceh ke Yan pula paling ramai berlaku antara 1888 hingga 1915. Mereka ini terbahagi kepada beberapa kumpulan. Satu bahagian ke Bukit Aceh Merbok dan tinggal bertebaran sehingga ke Singke (Singkir) sehingga sekitar 1960 di mana masih ada orang Aceh menetap di sana.

Kini tidak ramai lagi orang Aceh berada di Merbok atau di Ruat kerana perpindahan lebih banyak tertumpu di yan Besar. Malah, kini dikatakan agak sukar untuk bertemu masyarakat itu di dua perkampungan itu. Malah, di Kampung Aceh sendiri, amat sukar bertemu mereka, jika ada pun golongan sudah tua.

Malah, selepas Maktab Mahmud membuka cawangan di situ, tidak ramai lagi anak muda kekal di situ dan kebanyakannya keluar membina kehidupan lebih selesa. Paling ramai di kampung itu kini ialah kelibat pelajar belasan tahun yang belajar dan memenuhi asrama Maktab Mahmud, antara sekolah agama tertua di Kedah.