ADAT ACEH-KAJIAN Prof. Drewes, Pakar Tentang Aceh

ADAT ACEH

Disalen Nibak Harah Jawoe Keu Laten

U

L

E

H

T. A. Sakti

1423/2002

Ya ghafurur rahim

Bismillahirrahmanirrahim

Bahwa inilah silsilah yang terkimat segala raja-raja yang jadi kerajaan dalam negeri Aceh Bandar Darussalam; kandang.

Pasal pada hijrat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam enam ratus setahun pada sehari bulan Ramadhan fi yaumil Jum’at wa bakdas shalat; pertama-tama dari pada silsilah :

  • Paduka Sri Sultan Juhan Syah………………………………………………………… 1
  • Paduka Sri Sultan Ri’ayat Syah………………………………………………………. 2
  • Paduka Sri Sultan Mahmud Syah……………………………………………………. 3
  • Paduka Sri Sultan Firman Syah………………………………………………………. 4
  • Paduka Sri Sultan Mansur Syah………………………………………………………. 5
  • Paduka Sri Sultan ‘Aliyiddin Juhar Syah………………………………………….. 6
  • Paduka Sri Sultan Husin Syah………………………………………………………… 7
  • Paduka Sri Sultan Ri’ayat Syah………………………………………………………. 8
  • Paduka Sri Sultan Salahuddin………………………………………………………… 9
  • Paduka Sri Sultan ‘Alayiddin Yang Qahar………………………………………. 10
  • Paduka Sri Sultan Husin Syah……………………………………………………….. 11
  • Paduka Sri Sultan Muda  (موده)………………………………………………………. 12
  • Paduka Sri Sultan Pariaman…………………………………………………………… 13
  • Paduka Sri Sultan Raja Jainal………………………………………………………… 14
  • Paduka Sri Sultan Mansur Syah……………………………………………………… 15
  • Paduka Sri Sultan Buyung…………………………………………………………….. 16
  • Paduka Sri Sultan ‘Alayidin Ri’yat Syah…………………………………………. 17
  • Paduka Sri Sultan ‘Aliyiddin Ridlayat Syah…………………………………….. 18
  • Paduka Sri Sultan Iskandar Muda………………………………………………….. 19
  • Paduka Sri Sultan ‘Alayiddin Mughayat Syah…………………………………. 20
  • Paduka Sri Sultan Tajul ‘Alam Safiyatuddin……………………………………. 21
  • Paduka Sri Sultan Nurul ‘Alam Nakiatuddin…………………………………… 22
  • Paduka Sri Sultan ‘Inayah Syagahlatuddin……………………………………… 23
  • Paduka Sri Sultan Kamalat Syah Rabiatuddin…………………………………. 24
  • Paduka Sri Sultan Badrul ‘Alam Syarif Hasyim Jamalul Lail…………….. 25
  • Paduka Sri Sultan Perkasa ‘Alam Syarif Ibrahim……………………………… 26
  • Paduka Sri Sultan Jamalul ‘Alam Badrul Munir……………………………….. 27
  • Paduka Sri Sultan Juharul ‘Alam Imaduddin Syah…………………………… 28
  • Paduka Sri Sultan Syamsul ‘Alam………………………………………………….. 29
  • Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Ahmad Syah………………………………………. 30
  • Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Juhan Syah…………………………………………. 31
  • Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Mahmud Syah…………………………………….. 32
  • Paduka Sri Sultan jadi Raja Maha Raja Labui………………………………….. 33
  • Paduka Sri Sultan Jadi Raja Raja Udahna Lila…………………………………. 34
  • Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Mahmud Syah…………………………………….. 35

Tamat

Arrafiq (الرفيق)

Arafiqul ‘Akla(الرفيق الاعلى)

Bahwa inilah silsilah segala raja-raja yang jadi kerajaan dalam Aceh Bandar Darussalam.

Pasal pada hijrat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam enam ratus setahun; pada sehari bulan Ramadhan  yaumul Jum’at bakdas shalat Sultan Juhan Syah datang dari atas angin, yang mengislamkan negeri Aceh Darussalam Yang beristerikan anak Baludari. Duduk diKandang Aceh beranak seorang anak laki-laki dinamainya Sultan Ahmad.

Dan adalah umur anak baginda itu kira-kira tiga puluh dua tahun. Maka bagindapun mati pada sanah 631 (enam ratus tiga puluh setahun), pada sehari bulan Rajab yaumul Khamis. Maka adalah Baginda itu dalam tahta kerajaan tiga puluh tahun sebelas bulan dua puluh enam hari.

Maka pada hari itu juga kerajaan anak baginda itu Sultan Mahmud, maka bergelar Paduka Sri Sultan Ri’ayat Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan tiga puluh empat tahun dua bulan sepuluh hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 665 (enam ratus enam puluh lima tahun, empat hari bulan Syakban yaumul selasa. Maka dikerajaan anak baginda itu baharu setahun umur pada hari itu juga. bergelar Paduka Sri Sultan Mahmud Syah.

Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan empat puluh tiga tahun. Maka baginda itulah memindah dari Kandang Aceh diperusah Kuta Dalam yang bernama Daruddunia. Maka baginda itu pun mati pada sanah 708 (tujuh ratus delapan tahun) dua belas hari bulan Rabiul Awal yaumul Jum’at. Pada hari itulah juga kerajaan anak baginda itu yang bergelar Paduka Sri Sultan Firman Syah.

Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan empat puluh tujuh tahun delapan bula tiga belas hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 755 (tujuh ratus lima puluh lima tahun). Maka pada hari itu juga kerajaan Paduka Sri Sultan Mansur Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan lima puluh enam tahun sebulan dua puluh tiga hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 811 (delapan ratus sebelas tahun), pada sepuluh hari bulan Syakban yaumul Isnin.

Maka pada hari itu juga kerajaan anak baginda itu yang bernama raja Mahmud. Maka bergelar Paduka Sri Sultan ‘Alayiddin Juhan Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan lima puluh sembilan tahun empat bulan dua belas hari.

Maka baginda itu pun mati pada sanah 870 (delapan ratus tujuh puluh tahun) dua belas hari bulan Syakban yaumul Khamis. Maka pada hari itu juga kerajaan. Paduka Sri Sultan Husin Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan tiga puluh setahun empat bulan dua hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 901 (sembilan ratus setahun), sehari bulan Rajab yaumul Arb’ak.

Maka pada hari itu juga kerajann Paduka Sri Sultan ‘Ali Ri’ayat Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan lima belas tahun dua bulan tiga belas hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 917 (sembilan ratus tujuh belas tahun), dua belas hari bulan Rajab yaumul Selasa.

Maka pada hari itu juga kerajaan Paduka Sri Sultan Salahuddin. Dan adalah baginda itu dalam kerajaan dua puluh delapan tahun tiga bulan dua puluh delapan hari. Maka baginda diturunkan oleh saudaranya pada sanah 946 (sembilan ratus empat puluh enam tahun), empat hari bulan Zulqa’idah yaumul Isnaini.

Maka pada hari itu juga kerajaan saudara baginda itu yang bergelar paduka Sri Sultan ‘Alaiddin yang Kahar. Dan adalah baginda dalam tahta kerajaan dua puluh delapan tahun enam bulan dua puluh tujuh hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 975 (sembilan ratus tujuh puluh lima tahun), lima belas hari bulan Shafar yaumul Ahad.

Maka pada hari itu juga kerajaan Paduka Sri Sultan Husin Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan delapan tahun empat bulan dua belas hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 983 (sembilan ratus delapan puluh tiga tahun), lima belas hari bulan Jumadil Akhir yaumus salasa.

Maka pada hari itu juga kerajaan anak baginda itu baharu empat bulan umurnya, yang bergelar Sultan Muda. Dan adalah baginda itu enam bulan dua puluh delapan hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 984 (sembilan ratus delapan puluh empat tahun), dua belas hari bulan Muharram yaumul Jum’at.

Maka pada hari itu juga kerajaan Sultan Pariaman. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan sebulan dua puluh dua hari. Maka baginda itu pun mati dibunuh pada sanah 984 (sembilan ratus delapan puluh empat tahun), pada dua belas hari bulan Rabiul Awal yaumul Khamis.

Maka pada hari itu juga kerajaan Sultan Raja Jinal (راخ جينل) Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan sepuluh bulan sepuluh hari. Maka baginda itu pun mati dibunuh pada sanah 985 (sembilan ratus delapan puluh lima tahun), sepuluh hari bulan Muharram yaumul Jum’at.

Maka pada hari itu juga kerajaan Raja Perak yang bergelar Paduka Sri Sultan Mansur Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan delapan tahun tiga bulan tiga hari. Maka baginda itu pun mati dibunuh pada sanah 993 (sembilan ratus sembilan puluh tiga tahun), tujuh belas hari bulan Muharram yaumul Isnain.

Pada hari itu juga kerajaan Sultan Buyung. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan dua tahun sebelas bulan dua puluh delapan hari. Maka baginda itu pun mati dibunuh pada sanah 996 (sembilan ratus sembilan nuluh enam tahun), tujuh belas hari bulan Zulqa’idah Yaumus Salasa.

Maka pada hari itu juga kerajaan anak Tuan Kita Firman Syah yang bergelar Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Ri’ayat Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan lima belas tahun sepuluh bulan dua puluh delapan hari. Maka baginda itu pun diturunkan oleh anak baginda.

Itu pun dinaikkan keatas rumah tinggi, yang bernama Sultan Muda pada sanah 1011 (seribu sebelas tahun. Maka pada hari itu juga kerajaan Sultan Muda yang bergelar Paduka Sri Sultan ‘Ali Mughayat Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan tiga tahun sebulan dua puluh sehari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 1015 (seribu lima belas tahun), pada sehari bulan Zulhijjah yaumul Arbak.

Maka pada hari itu juga kerajaan Maharaja Darma Wangsa Tun Pangkat bergelar Paduka Sri Sultan Iskandar Muda. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan tiga puluh tahun tujuh bulan dua puluh empat hari. Maka itu pun mati pada sanah 1045 (seribu empat puluh lima tahun), dua puluh sembilan hari bulan Rajab Yaumus Sabtu.

Maka pada hari itu juga kerajaan menantu baginda itu yang bernama Sultan Mughul. Maka bergelar Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Mughayat Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan empat tahun tiga bulan tujuh hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 1048 (seribu empat puluh delapan tahun), tujuh hari bulan Zulqa’idah Yaumul Isnain.

Pada hari itu juga kerajaan Tajul ‘A1am anak Tuan Kita Iskandar Muda bergelar Paduka Sri Sultan Tajul ‘Alam Safiatuddin. Dan adalah baginda itu dalam kerajaan tiga puluh lima tahun delapan bulan dua belas hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 1086 (seribu delapan puluh enam tahun), pada hari bulan Syakban yaumus Salasa.

Maka pada hari itu juga kerajaan Paduka Sri Sultan Nurul ‘Alam Naqiatuddin. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan dua tahun tiga bulan dua puluh lima hari. Maka tatkala itulah teradat tiga Sagi Aceh terbahagi Mukim.

Pertama-tama Mukin Dua Puluh Dua. Dan Mukim Dua Puluh Enam. Dan Mukin Tengah Tiga Puluh. Maka baginda itu pun mati pada sanah 1086 (seribu delapan puluh enam tahun) dua puluh sehari bulan Zulqa’idah yaumul Ahad.

Maka pada hari itu juga kerajaan anak baginda itu yang bergelar Paduka Sri Sultan ‘Inayat Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan sebelas tahun delapan hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 1090 (seribu sembilan puluh tahun), delapan hari bulan Zulhijah yaumul Ahad.

Maka pada hari itu juga kerajaan Paduka Sri Sultan Kamalat Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan sebelas tahun empat bulan dua hari. Maka baginda itu pun dimaghrulkan (دمغرولكن) oleh segala wazir dan segala rakyat karena datang surat dari Makkah dikirim oleh Kadli Malikul ‘Adil; tiada sampai hukum sebab raja perempuan.

Syahdan, adalah perempuan jadi raja dalam negeri Aceh Bandar Darussalam .empat orang. Dan adalah kira-kira kerajaan yang keempat itu enam puluh sembilan tahun, empat bulan tujuh belas hari.

Kemudian dari pada maka pada sanah 1111 (seribu seratus sebelas tahun), dua puluh hari bulan Rabiul Akhir  yaumal Arb’ak, maka kerajaan Paduka Sri Sultan Badrul ‘Alam Syarif Hasyim Jamalul Lail. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan dua tahun  empat bulan dua belas hari. Maka baginda itu pun  dimaghrulkan (دمغرولكن) dirinya dari pada kerajaan. Maka keluar ia dari Dalam Darud Dunia ke Tanjung pada sanah 1113 (seribu seratus tiga belas tahun), tujuh belas hari bulan Ramadhan yaumus Sabtu. Maka baginda itu pun mati pada sanah itu juga pada sehari bulan Syawal yaumul Jum’at. Maka terhantarlah kerajaan empat belas hari. Maka hari itu juga Paduka Sri Sultan Perkasa Alam Syarif Mandau Ibnu Syarif Ibrahim. Dan adalah. baginda itu dalam tahta kerajaan dua tahun tiga bulan dua hari. Maka baginda itu pun diperang oleh anak Tuan Kit a Badrul ‘Alam. Maka adalah Baginda itu diturunkan oranglah dari pada kerajaan pada snnah 1115 (seribu seratus lima belas tahun), tujuh belas hari bulan Muharrnm yaumul ‘Arbak. Maka terhantarlah kerajaan itu tiga bulan.

Maka pada sanah itu juga, tujuh hari bulan Rabiul Akhir yaumul Ahad kerajaan anak Tuan Kita Badrul ‘Alam, yang bergelar Paduka Sri Sultan Jamalul ‘Alam Badrul Munir. Ban adalah baginda itu dalam tahta kerajaan dalam Kuta Darud Dunia dua tahun sembilan bulan enam hari.

Kemudian dari itu maka memindah duduk ke Melayu pada sanah 1118 (seribu seratus delapan belas tahun), tiga belas hari bulan Muharram yaumul Isnain. Dan adalah kisah kerajaan baginda itu dua puluh empat tahun, sebelas bulan dua puluh enam hari. Maka baginda itu pun alah diperang oleh segala rakyatnya pada sanah. 1139 (seribu seratus tiga puluh sembilan tahun), tiga belas hari bulan Rabiul Awal yaumul Khamis. Maka baginda itu pun keluarlah. berperahu kelaut. Maka berlayar  ke Pidir pada malam Jum’at, Maka terhantarlah kerajaan dua puluh dua hari.

Maka pada sanah itu juga, lima hari bulan Rabiul Akhir yaumul Jum’at, maka kerajaan Maharaja Kampung Pahang (كمفغ فهغ) yang bergelar Paduka Sri Sultan Juharul ‘Alam Imauddin Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan dua puluh hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah itu juga, dua puluh lima hari bulan Rabiul Akhir yaumul Khamis.

Setelah itu dirajakan oleh orang empat Mukim. Pertama, Monsad Siek (من سد سيقا), kedua Mukim Lam Jabat (لمجبت) ketiga Mukim Piyeung (فييغ), keempat Mukim Hura-Huraه (هورا-هوراakan Wandi Teubeng (وندي تييغ) yang bergelar Paduka Sri Sultan Syamsul ‘Alam pada sanat itu juga, tiga hari bulan Jumadil Awal yaumul Khamis. Maka terhantarlah kerajaan tujuh hari. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan tiga puluh hari. Maka diturunkan orang dari  pada kerajaan segala Wazir dan segala rakyat pada sanah itu juga, tiga hari bulan Jumadil Akhir yaumus Sabtu.

Maka pada hari itu juga kerajaan Maharaja Lila Melayu serta segala Hulubalang dan segala rakyat Tiga Sagi Aceh. Maka bergelar Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Ahmad Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan delapan tahun delapan bulan sehari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 1148 (seribu seratus empat puluh delapan tahun), tiga hari bulan Muharram yaumul Khamis malam Jum’at.

Maka permasuk tuan kita Jamalul ‘Alam ke kampung Jawa pada lima hari bulan Muharram yaumul Ahad bersama-sama dengan orang Lam Ti (لمت) dan po menteri Dali. Dan po Lidul Yacit (فوليد اليجيت) ia dudukpada Mesjid Baitur Rahman. Dan orang Mukim empat duduk dikampung Pahang (دكمفغ فهغ) Maka peranglah kira-kira empat bulan dengan anak baginda itu yang bernama Pocut Uek. Maka terhantar kerajaan empat bulan sehari, Maka mufakat segala wazir dan segala rakyat Tiga Sagi Aceh, maka kerajaan anak baginda itu yang bernama Pocut Uek. Maka bergelar Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Juhan Syah pada sanah itu juga, empat hari bulan Jumadil Awal yaumul Khamis. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan, maka pada sanah. 1172 (seribu seratus tujuh puluh dua tahun), enam hari bulan Sya’kban yaumul Arb’ak, turun orang Mukim Dua Puluh  Dua Panglimanya Polem anak Muda Sakti yang bergelar Sri Muda Perkasa ke Pante Riek (كفنتى ريق) hendak ia berperang dengan baginda itu. Maka sampai ke Lam Seupeung (كلم سفغ) pada dua belas hari bulan Syakban malam Selasa pada waktu ‘Isya baginda itu disuruh meriamkan pada kawal Lubuk. Akan pertua-pertua kawal itu Bintara Gigieng dan Pocut Haji. Maka berperanglah kira-kira dua bulan delapan hari. Maka tiadalah ia tertahani buah meriam dan rakyatnyapunbanyak mati, maka surutlah ia ke hulu pada ceue (جو)Mukim dua Puluh Dua, sehari bulan Zulqa’idah malam Selasa.

Maka adalah kiranya baginda itu dalam tahta kerajaan dua puluh lima tahun sebulan sepuluh hari. Maka baginda itu pun mati pada sanah 1174 (seribu seratus tujuh puluh empat tahun), tujuh belas hari bulan Muharram yaumul Jum’at. Maka turunlah orang Dua Puluh Dua sekalian di Mesjid Baitur Rahman. Maka tiadalah muwafakat membunuh raja anak baginda itu yang bernama Tuanku Raja.

Maka dimeriam oranglah dari dalam Kuta Darud Dunia ke Mesjid Baitur Rahman. Kemudian dari itu, maka mufakat segala Wazir yang di dalam Kuta Darud Dunia dan Mukim Dua Puluh Enam dan pada Mukim Dan Puluh Dua Imam Semarang anak Imam Muda Ba’ad dan Imam Keuneurong dan Mukim Tengah Tiga Puluh, Sembilan Mukim Purba Wangsa dan Panglima Pomuda Bintang. Maka kerajaan anak baginda itu yang bernama Tuanku Raja, maka bergelar Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Mahmud Syah. pada sanah itu juga, enam hari bulan Jumadil Awal yaumus Sabtu. Maka terhantarlah kerajann tiga bulan delapan belas hari.

Tatkala itu akan Maharaja Sri Indra yang bernama Pocut Agam dibunuh akan Maharaja, maka berperanglah dengan Panglima Polem. Tatkala itulah kapal berniaga di laut, maka tiada tertahani buah meriam. Maka surutlah ia pada ceue (جو) Mukim Dua Puluh Dua.

Kemudian ia mufakat dengan Maharaja Bahar yang di Labui. Maka perang oleh Maharaja Labui serta dengan Panglima Polem pada sanah 1176 (seribu seratus tujuh puluh enam tahun), enam hari bulan Ramadhan yaumul Khamis waktu subuh.

Maka alahlah Bindara Calang (بندراجلغ) siapnya kampung raja Bindara (بندر) anak Kejuruan Paduka Maha Menteri. Maka berperang duabulan sehari, maka tiadalah ia tertahan buah meriam. Maka surutlah ia pada tujuh hari bulan Zulqa-‘idah yaumul Isnain pada ceue (جو) Mukim Dua Puluh Dua.

Akan Maharaja Labui dan Raja Bahar dan Raja Meukuta dan Nadlir Pomat, ia duduk di Niran. Adalah baginda itu dalam tahta kerajaan tiga tahun lima bulan dua puluh sehari.

Maka takdir Allah Ta’ala dijangah (دجاغه) oleh Maharaja Labui pada sanah 1177 (seribu seratus tujuh puluh tujuh tahun), dua puluh tujuh hari malam Selasa tiga jam malam, masuk ia ke Dalam.

Maka keluar baginda itu dari Dalam Kuta Darud Dunia ke kampung Jawa, maka naik pada perahu lancar Panyang keluar ke kuala naik kepada kapal sendiri. Maka terhantarlah kerajaan dua puluh delapan hari.

Maka kerajaan Maharaja Labui pada sanah itu juga, dua puluh lima hari bulan Sy’akban yaumus Sabtu pada sanah 1177 (seribu seratus tujuh puluh tujuh tahun). Maka adalah kerajaan dua tahun tujuh bulan, maka ia pun mati dibunuh orang Dua Puluh Enam.

Pertama Imam Muda serta dengan orang Bueng Tujoh Mukim. Pertama-tama Imum Ateuk, Imam Lam Raba, dan segala Imam yang Tujuh Mukim itu dan Keusyik Lam; Nil, dan segala pertua yang lain. Dan orang Mukim Tengah Tiga Puluh, Tiga Mukim. Pertama-tama Mukim Dahral dan Lam Ara dan Jampit dan pertuanya. Pertama-tama Imam Harali (هرل) dan Keusyik Geundring (كنديريغ) dan segala pertuanya.

Dan Mukim Mesjid Besar. Pertama-tama Suak Geusyik Pucik (كجيك فوجيك) dan orang kaya Raja Meukuta bernama Pocut Nipis dan Sri Paduka yang bernama Pocut Hitam pada malam Ahad, dua puluh tujuh hari bulan Shafar.

Maka diikat oleh Sultan Mahmud Syah akan segala Ulama, maka bertanya padanya: bagaimana kamu? Dan berkata segala ulama dan segala Hulubalang kecil-besar dan segala pertua Mukim Dua Puluh Enam. Pertama-tama Imam Muda dan segala Imam Dua Puluh Enam dan Purba Wangsa dan Nanta Setia dan orang empat Mukim dan segala Imam yang Tengah Tiga Puluh hadlir sekalian.

Maka bertanya Yang Maha Mulia kepada tuan-tuan sekalian: ada sah kami raja lagi atau tiada sah; ada sah Maharaja Labui raja atau tiada sah?. Maka sahut segala ulama dan segala Wazir dan pertua sekalian, bagaimana Tuanku ikrar pada orang yang lain Tuanku tuan dari pada raja atau tiada. Maka sahut tuan kita, tiada kami ikrarkan pada seseorang jua pun jika tiada Tuanku ikrar.

Maka tilik Kitab oleh segala ulama, maka tersebutlah dalam Kitab sahlah Tuanku lagi raja. Setelah itu dipanggil Penghulu Nubat dan segala wazir menyurat tuan itu. Pada sanat itu juga pada  hari Sabtu sepuluh hari bulan Rabiul Awal. Maka tetaplah dalam kerajaan baginda itu enam tahun tujuh bulan tiga hari.

Maka dijangah (دجاغه) oleh orang Dua Puluh Dua malam Isnain waktu sejam malam enam hari bulan Shafar. Maka keluar baginda itu ke Mukim ke Lhok Nga (كتلواغا) Mukim Empat. Maka dirajakan oleh Alkhannas (الخناسى) Dua Puluh Dua itu akan raja Udahna Lila pada hari Isnain, sehari bulan Habiul Akhir dalam sanat 1187 (seribu seratus delapan puluh tujuh tahun), Maka adalah dalam kerajaan sebulan dua puluh sembilan hari. Maka takdir Allah Ta’ala dengan berkat mukjizat Rasulullah shallall ahu’alaihi wa sallam Dan dengan berkat saiyidus Syekh ‘Abdul Kadir Jailnni dan dengan berkat segala  Waliyullah dan dengan berkat keramat segala raja-raja dan berkat afuah Paduka Marhum ‘Alaiddin Ahmad Syah. Dan dengan berkat kemuliaan dan kebesaran Paduka Marhum ‘Alaiddin Juhan Syah berdaulat dhillillahi fil ‘alam, maka Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Mahmud Syah keluar dari Mukim Empat pada dua puluh tujuh hari bulan Jumadil Awal malam Ahad sejam malam sampai kepada mesjid Pulah Sue (فوله سو) waktu tengah malam.

Maka berpakat-pakat dengan segala pertua. Pertama-tama Imam Puluh Susuh (فوله سوسوه) dan Imam Dahrali dan Geusyik Polem Geundring dan segala pertua. Kemudian memindah ia kepada Bindarsah (بندرسه) Puno dua malam. Disana ia mufakat dengan segala pertua.

Maka takdir Allah Ta’ala berperang tuan kita Mahmud Syah dan segala pertua Tengah Tiga Puluh. Pertama-tama Tujuh Mukim dan orang Empat Mukim bersama-sama dengan tuan kita masuk pada pintu kubah (قبه) pada waktu dhuhur hari Arb’ak sehari bulan Jumadil Akhir.

Maka alahlah Raja Udahna Lila, keluar dari dalam Kuta Darud Dunia menyelamatkan dirinya diatas Kuta Panca Peunawa lalu menyeberang sungai besar lalu sampai ke Tungkob. Maka Insya Allah Ta’ala dipanggil Penghulu Nubat dan segala hulubalang. Bersabda Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Mahmud Syah tuan terbit (تربت).

Maka adalah baginda itu kira-kira dalam tahta kerajaan dua puluh tahun tujuh bulan tiga belas hari. Maka baginda itu pun mati pada sanat 1195 (seribu seratus sembilan puluh lima tahun), yaumul Khamis tujuh hari bulan Jumadil Akhir. Maka terhantarlah kerajaan lima belas hari.

Maka naik kerajaan anak baginda itu yang bernama Tuanku Raja. Maka bergelar Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Muhammad Syah, pada sanat itu juga yaumul Khamis waktu dluha, dua puluh dua hari bulan Jumadil Akhir. Maka baginda itu dalam tahta kerajaan kira-kira.

Alhamdulillahil lazi yukhrijul haiya minal maiyiti wa mukhrijul maiyita minal haiyi wahuwa ‘ala kulli syai-in qadir. Was shalatu wassalamu ‘ala man naba ul judi wal karamil jadirin. Wa alihi wa ashhabihil lazina hum ‘alamil hudaya wan nuur

Adapun maka Paduka Sri Sultan ‘Alaiddin Muhammad Syah Juhan berdaulat dhallillahi fil ‘alam wa abqa asrahu (وابقااسره) fi jami’il hukkam yang sangat masyhur dengan ‘adilnya dan insafnya. Maka adalah baginda itu dalam tahta kerajaan tengah dua puluh tahun lima bulan.

Maka baginda itu pun mati pada waktu dluha hari Jum’at, kurang dua; tiga puluh hari bulan Rajab pada hijrat Nabi seribu dua ratus sembilan tahun sanat. Maka pada masa itu terhentilah kerajaan sebulan tiada raja dalamnya.

Kemudian dari pada itu, maka dinaikkan anaknya yang bernama Husin akan raja yang dilakab akan dia dengan Sultan ‘Alaiddin Juhar ‘Alam Syah. Dan adalah baginda itu dalam tahta kerajaan dua puluh satu tahun, kepada hijrah seribu dua ratus tiga puluh satu tahun, kepada sehari bulan Muharram. Baginda itu keluar dari pada Pasai berangkat di dalam Pulau Pinang,

Dan pada sanat 1235 tahun alif kepada dua belas hari bulan. Zulhijjah hari Selasa waktu pukul sepuluh pagi berkumpul (بركمفغ) orang Tiga Sagi dan segala rakyat Aceh ditabalkan Syarif ‘Abdullah bin Saiyidina Husin bin Saidina ‘abdurahman ‘Idid (شريف عبدالله بن سيدنا حسين بن سيدنا عبدالرحمن عيديد) naik kerajaan di dalam negeri Aceh Darussalam yang bernama tempat Pelanggahan, ialah yang bergelar Sultan Syarif Saiful ‘Alam Syah.

Tamat

Alkisah, maka tersebutlah perkataan ‘adat majelis hadlarat Syah ‘Alam berangkat sembahyang Hari Raya Haji ke Mesjid Baitur Rahman. Maka adalah tatkala pada sepuluh hari bulan Zulhijjah pada waktu subuh, datanglah penghulu payung amat diraja, maka diberikannyalah. orang payung yang keemasan kiri kanan jalan pada pintu cermin jihat (جيهت) sampai ke Balai Padang payung keemasan dan berkemucak emas.

Kemudian, dari Balai Raksa sampai ke Balai Genderang payung berkemucak (بركموجك) suasa. Dan dari pada Balai genderang sampai ke hadapan (ببراف) payung pelangi berkemucak perak. Dari pada penghadapan Biram itu sampai ke pintu Mesjid Baitur Rahman payung putih berkemucak air emas.

Maka adalah kiri kanan pintu cermin Jum’at payung ubur-ubur (أوبور-أوبور) tujuh lapis. Dan kiri kanan pintu Balai padang payung lima lapis dan kiri kanan genderang payung tiga lapis. Dan kiri kanan pintu Balai Bintara Blang payung dua lapis. Dan kiri kanan pintu Mesjid Baiturrahman dan payung tujuh tingkat.

Meka adalah kiri kanan pintu istana payung ubur-ubur tujuh lapis. Maka adalah dari pada payung yang tersebut ini, berselang-selang payung angkal-angkal (اغكل) seperti jenis paying itu juga. Setelah segenap tempatnya berpercik air emas dan angkal-angkal pun juga.

Syahdan, maka adalah tatkala berangkat hadlarat Syah ‘Alam dari Dalam Kuta Darud Dunia masuk ke dalam Mesjid Baitur Rahman adalah nama raja  Iskandar Zulkarnaini pergi medatangi segala negeri dari masyrik datang ke maghrib.

Demikianlah disifatnya dengan tentera berpasukan datang bersaf-saf. Dan segala penghulu yang bernama-nama dan dari  segala anak hulubalang yang membawa alat pawai yang berlapis-lapis dari pada junjunangan (جنجناغن)’alamat daji dari pada alat kerajaan yang tiada terpermanai lagi dengan segala bunyi-bunyian terlalu ‘adhimat (عضمة) bunyinya. Dari pada segala gajah dan kuda yang berperhiasan yang bertatahkan ratna mutu manikam dari pada nilam-pualam dan puspa (فسف) ragam.

Dan intan baiduri yang terkenakan kepada segala alat kerajaan dan alat pawai.

Syahdan, tiadalah kami sebutkan akan atau safnya (اتوصافش) adalah kira-kira dua puluh saf rakyat yang dihadapan itu dan bernama Bintara yang membawa shalih (صليح) memakai kain bersungkit bertelapak hisab rumi dan berbaju belah dada wadi thalmus yang beriring hisab rumi berantai.

Dan memakai keris bersalut emas, berhulu suasa dan mengenakan sarung (سيرا) pedang yang bertatahkan emas, bepermata pudi berumbai-umbai emas dan digantung. Dan anting-anting nilam dan dikarang.

Dan beberapa dari pada   Bintara kiri kanan shalih yang bijaksana lagi sikin (?) yang seribu jenis dan berbaju hasi muraf (مورف) dikapasi (دكفسي) bergancing pelbagai anika. Dan tangkuluk bertepi bersirat pelbagai rupa tepi siratan (سيرت) berselendang berpancung luar. Dan memakai keris berhulu suasa dan menyangkutkan pedang pada pinggangnya.

Maka adalah sekalian mereka itu yang mengiring Sultan Syah ‘Alam dengan sangat ingatan menantikan Syah ‘Alam pada suatu pekerjaan.    Maka segala mereka itulah memerintahkan segala alat dan segala tertib majelis Juhan ‘Alam berangkat.

Dan kepada saf-saf yang kedua puluhan seekor gajah yang bergelar gangar (كغر) dikendarai oleh Kadli MalikulAdil dan segala hulubalang yang lain masing-masing dikendarai oleh ke atas dengan memakai salin yang dikaruniai hadlarat Syah ‘Alam masing-masing atas tarafnya. Dari pada kain berbagai-bagai warna bertepi hisab dirakam, bersirat hisab dan dani berumbai-umbaikan hisab.

Dan berbaju berbagai-bagai warna biram rambuti bermishri hisab bercampur mastuli dan bertangkuluk berbagai-bagai warna nilamkandi (كندي) berpatam, bersirat berbunga, berambaukan rumi. Dan berselendang merah bernyala-nyala, dan berkeris bersalut delima merekat (مرك) berhulu suasa, bepermata.

Dan beberapa dari pada Fuqaha bersama-sama dengan Kadli dan beberapa dari pada segala syarif dan segala pandita dan segala Imam dan khatib dan segala hafidh dan qari dan mufri (مفرس) dan an’am (انعام)dan segala orang zikirullah.

Maka adalah sekalian mereka, itu memakai pakaian yang indah-indah dari pada segala  pakaian yang suci dari pada bercampur sutra dan dari pada perak. Dan beberapa mereka itu memakai selendang (سولندغ) serta berbiru-biru dan memakai keris bersalut. Sekalian mereka itu mengiring kiri kanan gajah yang dikendarai oleh Kadli Malikul ‘Adil itu serta takbir dan zikirullah dengan amat sangat nyaring suaranya. Tiadalah dapat diperikan lagi fasahat dan lathafat suara mereka itu, kata yang empunya cerita ini dari pada nyaring suara itu.

Maka Sri Sultan pun tiadalah mendengarkan segala bunyi bunyian yang gegap gempita lagi, sebab mendengar orang takbir dan zikirullah. Maka tatkala itu Juhan Syah ‘ Alam pun beribu-ribu mengucap zikirullah. serta membaca tasbih. Dari pada manikam yang pelbagai warna cahayanya itu, maka kelakuan baginda tatkala itu terlalu ‘asyiki (عشقي) lagi dufi (دوفى)dan wajadani (وجدنى)akan Allah Ta’ala; melahirkan kebesarannya dan kemuliaannya baginda itu akan khalifahnya.

Dan kepada saf-saf yang kedua puluh dua itu, beberapa dari pada bujang sabilullah yang memakai kain berbagai-bagai warna dan baju berbagai-bagai warna seribu (سريب)jenis bertepi, bersirat bermurai hisab (برمري حسب) bercampur mastuli. Dan tangkuluk berbagai-bagai warna berpatam emas, berkalak (بركالق)mega dengan awan bercacap bunga kacung emas berdaun budi dan pirantua (فربتوا) emas berpahat nipis memikul keris jabatan.

Dan beberapa dari pada keris dan pedang yang berhulu manikam dan bersarung emas dan suasa dan bersalutkan (برسالق تكن) emas dan suasa yang berterapung (برترافغ) beberapa yang berlazurdi dan beberapa dari pada yang permata yang beserba jenis warnanya dan berumbai-umbaikan mutiara diikat dengan emas dan beberapa dari pada intan. Diikat dengan emas dan suasa dan beberapa dari pada nilam yang berikatkan suasa dan bercampur emas berbunga sambu (سمبو).

Sekalian dipegang mereka itu diatas kuda yang telah diperhiasi dengan segala perhiasan yang indah-indah; adalah mengiring kiri-kanan Raja Juhan Syah Alam. Maka sekalian kuda itu berjukan dari pada jukan yang bersirip; jenis yang terlalu indah-indah.

Maka saf yang kedua puluh tiga, beberapa dari pada pahlawan yang pilihan. Dan yang pertama membawa jugan (  )kerajaan yang telah kami sifatkan pada cerita kami yang dahulu itu. dan beberapa dari pada mereka itu yang membawa cermin dendang hari pada alat berangkat Jum’at bertimbalan antara kiri kanan Juhan ‘Alam. Maka adalah cermin itu hablur (هبلور)yang amat persih berikat dengan emas tujuh belas mutu. Dipahat khat kalimah (كليمه) yang berpermata yang berculukan pudi manikam seribu jenis. Dan bercampurkan intan dan nilam. dikarang dan berkemucakkan manikam yang tiada terharga.

Maka pada saf yang kedua puluh empat, beberapa dari pada segala penghulu yang bernama dan bergelar Mengambang Sultan dan Mengambang Raja. Keduanya pahlawan penghulu orang bersama dengan segala Kejuruan dan segala penghulu gajah bergelar itu. Sekalian memakai kain dan baju dan tangkuluk dengan seribu jenis warnanya dan kekandang (ككندغ) serta pancung luar. Dan memakai keris bersalut emas dan memikul pedang dan menatangkan serampang emas dan suasa yang berpermata yang serba jenis yang berbatangkan pualam dan akar (اكر) bahar (الحر). Dan beberapa dari pada serampang yang bertatahkan emas berbatangkan dandan (دندان)mahi (ماهي) dan khelembak dan gaharu yang bercat semburan air emas.

Sekalian mereka itu mengiring antara kiri kanan gajah lila manikam yang membuat mahligai kerajaan itu.

Maka bersaf-saf yang kedua puluh lima beratus-ratus dari pada Kejuruan dan Tandil yang memegang segala tandil yang di Dalam Kuta Darud Dunia dengan memakai serba warna kain bertepi bersirat dan berkekandang serta pancung luar.  Dan memakai keris bersalut berhulu suasa dan memikulkan pedang yang bersalutkan suasa dan perak pada pinggangnya.

Berlapis dari pada tandil, segala laskar yang di Dalam Kuta Darud Dunia yang memakai kain tulisan (توليسن)dan baju dan tangkuluk serba warna dengan memakai keris bersalut dan pedang perak. Maka sekalian mereka itu mengiring berkawal keliling gajah istana yang tempat semayam Syah ‘Alam.

Maka pada saf yang kedua puluh enam, beribu-ribu dari pada segala Meugat yang memakai kancing dan cincin. Dan beberapa dari pada Muda belia dan beberapa dari pada marmang (مرمغ)dan beberapa dari pada segala gandangan (كنداغن)dan beberapa dari pada budak Syah ‘Alam dengan memakai kekandang (ككندغ) serta berpancung luar.

Maka beberapa dari pada mereka itu yang membawa mendam(مندام)  dan gambuk (كمبق ) yang tempat air persantapan dari pada manikam dan emas dan suasa yang berpermata serba jenis dengan mimpi (ميمفى)tatampan emas yang berpahat bunga berjumbai (برحمبى)bepermata pudi bercampur nilam dan berberumbai-umbaikan emas diselang dengan mutiara.

Dan beberapa dari pada mereka itu yang membawa pedang. Pedang yang indah-indah. Dan beberapa dari pada mereka itu, yang membawa keris. Pedang yang serba jenis tempanya. Sekalian itu bertatah belaka.

Maka pada saf yang kedua puluh tujuh, beberapa dari pada pahlawan yang terutama dan yang bergelar dari pada pahlawan tegar dan pahlawan kilat dilangit. Dan dari pada segala pegawai sekalian dengn memakai kekandang serta pancung. Dan memakai keris bersalut emas yang bepermata manikam hijau bertajukkan emas kekanir (ككنر) dan berkancing dan berpantak (برفنتك)emas naga terbang ber’azimat biram berketa (بركتا)berqamar emas yang bepermata pudi manikam pancuran dengan pelbagai rupa tempanya.

Dan adalah sekalian mereka itu masing-masing dengan jabatan dan tarafnya sekalian itu mengiring gajah lila manikam membuat mahligai kerajaannya.

Adalah segala raja-raja dan hulubalang dan segala tentera yang tiada tepermanai itu sekaliannya mengiring terlalu baik-baik parasnya dan terlalu sikapnya. Tambahan pula dengan titah. (تيته) bijaksana pada segala perintahnya.

Syahdan, maka adalah segala tentara itu seperti laut yang mengalun-ngalun rupanya. Dan adalah pada ketika segala anak jamu yang berdagang dari negeri asing bemiaga kedalam negeri ini, sekalian heran memandang perintah segala perhiasan tahta Sultan Syah ‘Alam.

Maka perhiasan itu, beberapa emas dan suasa dan perak pelbagai jenis namanya. Sekalian perhiasan dengan serba jenis dari pada permata yang indah-indah dan yang muliakan perhiasan baginda itu berarak dari pada alat pawai gajah dan kuda dan payung angkal (اغكل).

Dari ada saf SakhalatAinal Banat (سخلت عين البنات) yang berculakan pudi manikam yang berpancuran bersendi-sendikan akan intan dikarang. Maka cemerlanglah  cahayanya itu bersinar-sinar ditimpa cahaya matahari, maka, terlalu indah-indah dan hebat pada pandangan segala yang memandang itu.

Dan beberapa dari pada alam sanjung berkemucak emas berpermata dan bertatangkan emas dan sendi-sendi (سندي- سندي)dengan suasa dihadapan Syah ‘Alam seperti yang telah kami sebutkan pada ceritera kami yang dahulu itu pada segala perintahnya.

Dan adalah segala pesawat (فياوة) jentera (جنترا)perhiasan mahligai kerajaan itu pun gemerincinglah bunyinya gentanya terlalu  ‘adhimat serta ditiup bangsi. Maka adalah rupa permata itu seperti bintang temabur dilangit: kelakuan cahayanya.

Dan beberapa dari pada pahlawan yang ternama-nama dan yang membawa payung pakaian dari pada jenis payung emas yang bepermata serta jenis hamabi (حمبي)permata nilam dan bersardikan (برسرديكن)emas dikerawang dan berbatangkan pualam . Dan beberapa dari pada payung yang keemasan masing-masing dan payung bertatahkan ratna mutu manikam yang indah-indah beribu-ribu berkemucak suasa yang serba jenis. Setengah dari padanya berhambikan (بر حمبيكن) emas, dipahat dengan pelbagai bunga beraturkan permata yang dikarang. Bersardikan emas bergantungan bepermata serba jenis.

Sekalian payung itu terkembang, dipegang mereka itu akan menawung Sri Sultan Syah ‘Alam, kata yang empunya ceritera. Maka adalah kelakuan baginda tatkala berangkat itu dinawung segala payung dan angkal-angkal dan panji-panji yang indah-indah,  itu adalah seperti Raja Sulaiman tatkala berangkat ke Padang Hunain (كفادغ حنين)dinawung oleh segala paksi (فكسى)itu, demikianlah kelakuannya.

Dan baginda pun berangkat. Dan beberapa dari pada payung iram-iram dipegang segala pahlawan yang bergelar dan penghulu kafilah dengan memakai kekandang serta berpancung luar dalam rungka ketupong (كتو فيغ)yang diperhiasi dengan ular-ular permadani.

Maka payung itu beberapa dari pada mutiara dan payung yang berpermata. Sekalian itu berikat dengan suasa dan beberapa payung yang keemasan dan suasa yang bepermata serba jenis. Dan beberapa dari pada payung kain yang keemasan berkemucakkan emas dan suasa, dan yang bepermata seribu jenis.

Maka saf yang kedua puluh delapan itu, tiga puluh gajah berbaluhan besi (بيسى) bertahtah emas dan perak dan berbaluhan yang diulaskan (داولسكن) sakhalat dan diiringkan yang berbungakan emas dan perak.

Maka sekalian itu terdirilah diatasnya dari pada tempat (تمفت) yang beserba jenis. Sekalian itu berkemucak emas dan perak bergenta dan bertatangkan khelembak dan gaharu dan bercat semburannya air emas mengiring akan kawal antara kanan Syah ‘Alam.

Maka adalah yang diatas gajah dibawah Alam itu pada  seekor gajah dua orang Kejuruan Tandil yang pahlawan dari pada sekalian Kejuruan orang Dalam Darud Dunia itu mengamankan zairah (زيره) dan ketupong yang keemasan dengan pelbagai rupa tatahnya. Dan memakai keris bersalut emas, berhulu suasa dan mengenakan pedang yang beralatkan suasa dan perak pada pinggangnya.

Dan memegang busur yang telah terkadang (تركدغ) serta memegang anak panah hadang dan mengikatkan tarkus (تركسى) yang berisi anak panah yang serba jenis dipinggangnya. Dan dua berkeris lembing yang tersandar dalam baluhan kiri kanan Dan dua buah perisai dari pada besi Kharsani (حرسان) yakni yang bertatahkan bunga layang emas dan suasa, tergantung kiri kanan baluhan.

Dan memakai zairah dan  ketupung besi yang bertatahkan emas dan perak dan penghulunya yang menghalaukan gajah itu serta memegang busur yang telah terkedang (تركداغ) dan mengikatkan tarkus (تركسى) yang berisi anak panah pada pinggangnya.

Maka adalah pahlawan yang dibawah pada seekor gajah itu dua ratus dari pada Tandil-tandil laskar yang di Dalam Kuta Darud Dunia dengan memakai pedang berhulu perak dan memegang lembing  yang bertatah bersimpuk (برسمفق) suasa.

Dan dua ribu dari pada segala askar yang perkasa yang memegang pedang yang sudah terhunus dan dua ribu pengawitan (فغاويتن) membawa tanja (تنجا) dan dua ribu mitra (ميتر) yang membawa bedil istinggar dengan musta’ib segala alatnya dan seribu pendekar yang tangkas seperti kilat lakunya berlayangkan pedang dan perisai Mengantar mereka itu dengan hadlarat Yang Maha Mulia.

Sekaliannya itu dengan memakai serawal dan baju dan qamarban. dan serban dari pada kain yang serba jenis seperti sikap pahlawan Rum pakaiannya itu.

Maka pada saf yang kedua puluh sembilan itu, tiga puluh gajah yang berbuluhnya besi bertatah emas dan perak dan baluhnya yang beruluskan muktamsil (معتمسل) itu dan zaluari (زلؤري) Maka sekalian terdirilah ‘Alam diatas gajah itu dari pada jenis masrawit (مسروايت) yang serba jenis. Sekalian itu berkemucak emas perak, bergenta dan berbatangkan cendana dan kayu arang, bercat semburan air emas dan perak mengiring akan kawal antara kiri Syah ‘ Alam.

Maka adalah yang diatas gajah dibawah ‘ Alam itu, seekor gajah dua orang Kejuruan tandil yang pahlawan dari pada segala Kejuruan orang Dalam Kuta Darud Dunia dengan mengenakan zairah dan ketupung suasa yang berlazuwardi dengan pelbagai rupa warnanya dan memakai keris bersalut emas berhulu suasa. Dan mengikatkan pedang yang beruluskan suasa dan perak pada pinggangnya.

Dan memegang busur yang telah terkedang dengan naksur (نقسور) serta memegang anak panah dan mengikatkan tarkus yang berisi anak panah yang bertatah emas dan perak (دان) di pinggangnya. Dan dua berkas lembing yang bersandar dalam baluhan kiri kanannya, dan dua buah perisai bercat air emas bertulis garuda melayang berbunga lawangkan emas dan suasa tergantung pada kiri kanan baluhan itu.

Dan memakai zairah dan ketupung besi yang bertatah  perak daun ganja. Dan yang mengempalakan (مغمفلاكن) gajah itu serta ia memegang busur yang telah terkedang dan mengikatkan tarkus yang berisi anak panah pada pinggnngnya.

Maka adalah pahlawan yang dibawah gajah pada seekor itu dua ratus dari pada segala tandil-tandil askar yang di dalam Kuta Barud Dunia dengan memakai pedang berhulu perak dan memegang lembing yang bertatah sampaka (سمفك) suasa, bertatah lukluk (لؤلؤ) dan dua ribu segala laskar yang perkasa membawa pedang perisai yang terhunus dan dua ribu pengawitan (فغاويتن) yang membawa tanja تنجا dan dua ribu mitar (ميتر) yang membawa bedil istinggar dan musta’ib (مستعيب) segala alatnya.

Dan seribu pendekar tangkas seperti kilat lakunya berlayangkan pedang dan perisai mengantarai mereka itu dengan hadlirat Yang Maha Mulia. Maka sekalian dengan memakai serawal (سروال) dan baju dan qamarban dan serban dari pada kain yang serba jenis seperti sikap pahlawan dari pada pakaian yang serba jenis itu.

Maka pada saf yang ketiga puluh, beberapa dari pada segala pahlawan yang ternama. Dan beberapa dari pada segala laskar yang perkasa yang berkawal dibelakang hadlarat Syah Alam. Maka itu pun beberapa saf yang dibelakang itu, maka kami mukhtasarkan (مختصركن) sepuluh saf dalam itu.

Maka pada saf yang pertama itu dari pada mereka itu seribu dari pada segala sidang jinggi (جغكي) yang memakai pedang hisbah (حسبه) dan membawa lembing yang serba jenis. Dan beberapa dari pada mereka itu menatang cokmar (جقمر) besi bertatah  emas dan berumbaikan dan suasa.  Dan dari pada cokmar itu dua ratus Man (من) beratnya. Dan pada saf yang kedua, selaksa dari pada segala askar yang perkasa membawa pedang perisai yang sudah terhunus . Dan pada saf yang ketiga, selaksa dari pada segala laskar yang bergelar Pengawinan (فغويتن) membawa tombak yang berjimatkan (جمتكن) serba jenis. Dan pada saf yang keempat, selaksa dari pada segala laskar membawa busur yang telah terkedang dengan anak panahnya, serta mengikatkan tarkus pada pinggangnya.

Dari pada saf yang kelima, selaksa dari pada laskar yang membawa busur dengan anak panahnya. Dan pada yang keenam, selaksa dari pada segala laskar yang membawa tombak, lembing dari pada pelbagai rupa-rupa perhiasan sekaliannya. Dan pada saf yang ketujuh, selaksa dari pada segala mitar (ميتر) yang membawa bedil istinggar yang serba jenis. Maka adalah sekaliannya itu musta’ib (مستغب) dengan ubatnya dan dengan buahnya masing-masing dengan sumbunya dipegangkan mereka itu. Maka gemerlapanlah rupanya seperti bintang di langit.

Maka pada saf yang kedelapan, lima ratus segala Tandil yang pahlawan dari pada segala Tandil mereka itu yang tersebut itu. Maka sekalian mereka itu memakai kain tulis masak (ماسق) dan baju berwarna yang serba jenis dan tangkuluk pun berwarna serba jenis. Dan memakai keris bersalut emas dan pedang berhulu perak. Dan beberapa membawa lembing dan tongkat seperti yang telah kami sebutkan sifatnya yang di cerita kami yang dahulu itu.

Maka pada saf yang kesembilan, lima puluh gajah yang berbuluhnya beberapa dari pada baluhan besi yang bertatah dan beberapa dari pada baluhan yang beruluskan (براولسكن) kain yang serba jenis pada kain yang keemasan. Maka baluhan itu sekaliannya  ber’Alam dengan pelbagai rupa Alam. Sekalian berculakan mutiara dan bersilangkan (برسلغكن) puspa ragam dan berumbai-rumbaikan sutera yang serba jenis. Dan berkemucakkan emas dan perak dan berbatangkan khelumbak dan gaharu yang bersemburan air emas.

Maka adalah baluhnya itu dibawah Alam pada seekor gajah itu dua orang Kejuruan tandil orang Dalam Kuta Darud Dania. Maka sekalian mereka itu dengan memakai kain dan berbaju dan tangkuluk:  dari pada warna serba jenis, tepi bersirat bermisri (برمسري) khasab (خسب) Dan memakai zairah dan ketupung besi yang bertatah emas dan suasa.

Dan keris bersalut emas berhulu suasa dan mengikatkan pedang pada pinggangnya. Dan memegang busur yang telah terkedang dengan terikat nakus (نكس) pada pergelangan kirinya dan terikat tarkus berisi anak panah hadang (حدغ) pada pinggangnya. Dan tersandar lembing dua berkas kedalam buluhnya dan bergantung perisai besi Khursani bertatahkan emas dan bunga lawang emas dan suasa kiri kanan baluhan itu.

Dan seorang pahlawan memakai baju zabirah (زبيره) dan ketupung besi bertatah perak dan berhambikan emas dengan memegang busur yang telah terkedang dan mengikatkan tarkus yang berisi anak panah pada pinggangnya. Akan mengilakan gajah itu.

Ada yang mengendarai segala gajah itu, seorong pahlawan yang memakai kekandang serta puncung luar dan memakai keris bersalut emas dan memegang keris jabatan dari pada emas, yang bertatahkan ratna mutu manikam, yang berbatangkan pualam dan ‘akik (غقيق) disardi (دسردي) serta menyumpal ciwu (جيو) emas dan suasa yang berpahat bunga rampai dan berhamikan emas berlazuwardi dan bepermata dari pada pelbagai jenis. Sekalian gemerlap rupanya cula-culanya.

Dan berumbai-umbaikan mutiara. Maka sekalian yang memegang busur dan perisai yang telah terkedang dan mengikatkan tarkus berisi anak panah hadang pada pinggangnya.

Maka adalah orang dibawah kiri seekor gajah dua ratus laskar yang  perkasa memegang serampang emas dan suasa dengan pelbagai rupanya, dan dipercik semburan air emas akan mengawal gajah itu supaya jangan bertikam sama sendirinya dan menikam orang.

Dan beberapa dari pada gajah istana yang betina yang amat tangkas seperti kuda tizi (تيزي) lakunya pada berlari. Lagi emas panjang rambutnya dari pada kepalanya kedambanya (كدمبا ش) yang bergelar.

Maka segala gajah itu pun sekalian terkena perhiasan yang indah-indah. Maka adalah gajah itu bergelar Ratna Mandi dan beberapa manikam dan dendang usul yang mengendarai dan lengkap berikat dan gunung berindera dan jambo bangsawan dan besi dina dan kuda semberani dan besi gajah dan wadi Lila dan dang gambang dan ‘imbar kasturi dan bunga jeumpa dan dara buka dan sunting dayang dan di orang jual dan dara nirat dan bunga melur dan bunga bintar dan Encik mam mambang dan dang gabus dan dara perak dan labu benggala dan semandara dan dang kasturi dan dendang dan raya dan dang jinak dan bunga sigeunda.

Dan beberapa dari pada gajah. istana yang betina yang amat tinggi lagi amat pantas yang bergelar yang tiada ada disebutkan gelarnya itu. Sekalian dikenakan orang perhiasan bersambat dan bertalidiuluskan (دولهكن) emas dan perak seperti kami sebutkan pada segala perhiasan gajah istana yang dahulu itu.

Terkenalah anting-anting pada telinganya dari pada permata yang serba jenis yang berikatkan emas dan suasa dan perak. Dan beberapa dari pada yang berantingkan emas yang digantung dengan pelbagai rupa. Dan terkenalah anting-anting pada keningnya dari pada emas dan suasa yang berlazuwardi yang berpermata yang misri jenis.

Dan terkenalah keruncung dari pada emas dan perak dan suasa dengan rupa tempanya Maka ada yang mengendarai segala gajah yang tersebut itu. Pada seekor seorang pahlawan dengan memakai kekandang (ككنداغ) serta yang berpancung luar dan memakai keris bersalut emas dan memegang jabatan dari emas dan suasa yang berlazuwardi dan berbatangkan pualam dengan akik berapitkan emas berpermata. Dan sekalian mereka itu masing-masing menyumpal jiwa dari pada nilam. Dan berpahatkan emas mengahari (مغهاري) berhamikan nilam yang dibiram.

Dan beberapa dari pada jiwa antalas (انتلاسى) manduk. Dan beberapa dari pada jiwa saf yang berikat (برتبكة) emas dan suasa dan kelambu emas dibuat bercula-culakan dan suasa gantungnya berhambikan mutiara dan permata. Maka cemerlanglah lakunya seperti kilat sabung-menyabung.

Maka sekaliannya masing-masing memegang busur yang bertiup-tiupkan emas dan permata. Maka cemerlanglah lakunya seperti kilat mesabung-menyabung. Maka sekaliannya masing-masing memegang busur yang bertiup-tiupkan emas dan suasa yang telah terkedang. Dan mengikatkan tarkus yang berisi anak panah. pada pinggangnya.

Maka adalah orang dibawah pada seekor gajah itu, seratus laskar yang perkasa memegang serampang emas dan suasa, dengan pelbagai rupa tempanya. Berbatangkan  ‘akilahar (عقيلحر) bertiupkan emas dan perak dan khelembak dan gaharu yang bercatknn air emas yang bersemburan; akan mengawal gajah  itu supaya jangan ditikam segala gajah istana yang besar-besar itu akan dia.

Dan beberapa dari pada mereka itu yang membawa tombak emas dan suasa dan perak dan membawa pecut emas dan perak sepanjang jalan yang dicucurkan air mereka itu ke atas kepalanya dan dibelakangnya.

Dan maka adalah dibelakang segala kawai yang tersebut itu Sultan Muda anak baginda Juhan Alam Syah akan kawal ayahanda baginda dengan memakai kain sungkit yang keemasan, bertepi emas bepermata, bersirat emas berpahat naqus, berdaunkan berambau pudi yang sinai-sinai (سيني- سيني) berikat candi, beremas bersirat emas, berkerawang, berculakan mutiara dan bercarnpur pudi dikarang, berambau emas digubah.

Dan berbaju warna muraf bersemburan dan bermishrikan emas didandan dan kancing kuda melayang dan memakai (قلله) emas bertatahkan ratna mutu manikam. Dan bermemucakkan manikam yang merah dan bersunting emas dipahat kaluk (كالوث) bepermata. Dan memakai pintu bernaga tujuh belit (بلة) dan (بر يغغكراست كدمم) ber’azimat biram, bergenta. Dan terkenalah gelang judi juadi delapan, sebilah dari pada pelbagai rupa tempanya. Dan berqamar lilin setulang, bepermata dan berteterapan dan cincin serba juwi (جوي) pelbagai rupa tempanya.

Dan bertali leher tujuh kait dan berpedagam tiga jenis dengan pelbagai cahaya permatanya dan bersandangan buah jari yang beranjil berbuah putih dan tandi emas berpahat naga taru (تارو) dan memakai keris dan pedang yang berte­terapan. Maka ia mengendarai gajah naga buraksa diatas rungga tinggi yang telah terkenakan segala perhiasan yang indah-indah yang telah kami sebutlah segala perhiasannya itu pada cerita kami yang telah dahulu itu.

Maka mengempalakan (مغمفلا كن) gajahnya itu Kejuruan gajah yang bergelar Harba diraja (هربادراج) dengan memegang busur yang telah terkedang dan mengikatkan tarkus pada pinggangnya. Dan seratus payung tiga jenis dari pada payung merah dan kuning dan hijau terkembang diatasnya dan bagai panji-panji yindu dan zalazi dan kupiah yang berbunga keemasan kiri kanan,

Maka sekalian itu karunia ayahanda baginda.

Dan dihadapan gajah itu lima ratus mitar (ميتر) yang membawa bedil istinggar dengan musta’id segala alatnya. Dan lima ratus tombak dibawa segala laskar dan beberapa dari pada segala budak yang membawa mundam dan segala alat senjata.

Dan beberapa dari pada segala yang berjalan dibawah gajahnya dan tiga ratus orang membawa lembing dan perisai.  Dan tiga ratus orang membawa busur yang telah yang terkedang dengan anak panah pada pinggangnya.

Dari pada segala laskar akan kawalnya dibelakang gajah itu, hatta dengan takdir Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka segala gajah penganjur dan dari pada segala gajah membuat pawai dan segala gajah yang membawa alat yang telah kami sebut itu pun telah sampailah sekaliannya kepintu Mesjid Baitur Rahman.

Maka turunlnh segala raja-raja dan Kadli dan segala Hulubalang yang besar sekaliannya diatas gajah. Maka mereka itu mengampir (مغمفر) ke hadapan gajah istana, hidmat serta mengangkat tangan keduanya dan menyanjungkan jarinya sepuluh mengiringkan dari hadapan gajah shalih bersaf-saf masing-rnasing pada martabatnya kedalam Kuta pintu Mesjid.

Maka tatkala itu, genderang pun dialihkan oranglah murainya kepada ragam sibujan (سبوجن), maka Kadli dan Faqih pun bersegeralah masuk kedalam Mesjid dihadapan pintu Kuri Diwal pada tempat Juhan Alam sembahyang yang telah kami sebutkan sifatnya pada cerita kami yang dahulu itu; menantikan Juhan Alam berangkat bertapak dari Astaka ke dalam kelambu yang dalam Diwal tempat Syah ‘Alam sembahyang itu.

Maka apabila sampailah gajah istana ke dalam Mesjid, maka menyimpanglah genderang dari segala bunyi-bunyian yang dibawa orang itu dengan sekalian mereka itu ke kanan; serta khidmat (خدمة) menundukkan kepalanya dan mengangkat tangannya kedua menyanjungkan jarinya sepuluh.

Apabila lepaslah gajah istana masuk kedalam pintu jerejak yang dihalaman Astaka itu, maka edarlah (ايدرله) oleh sekalian mereka itu yang menyimpang itu berdiri di halaman Astaka menghadapan serta khidmat (خدمت) bersaf-saf masing-masing pada martabatnya. Maka murai genderang itu pun dialihknan oranglah kepada ragam kuda berlari. Maka khidmatlah segala raja-raja dan hulubalang dan segala penghulu pun yang bernama dan segala laskar yang perkasa. Dan segala bala tentara hina-dina.

Maka Natar (نتار) yang membawa shalih dan Tun Araf khanullah (تن ارف خان الله) Penghulu (فغهول) bujang Dandani dan Meugat penghulu mengumpul bersegeralah ketiganya menyambut naik ke atas Astaka hadlirkan menyambut hadlirat   Syah Alam diatas mahligai kerajaannya. Serta menatangkan hulu pedang shalih, maka Juhan Syah Alam pun berangkat bertapak dari atas pudi yang berhambur diatas Astaka yang telah kami sebutkan sifatnya dahulu itu.

Lagi kepada raja paksi (راج فكسى) maka dilepaskan Juhan ‘Alam dahulu pedang serta mengambil pedang gajah meuntat itu bertingkat yang ditatang dilampah (ديلمفه) itu. Maka Bintara yang membawa shalih itu pun hidmat (حدمت) serta menyanjungkan  shalih ke kepalanya.

Maka tatakala itu, Syekh Syamsuddin hamir (حامر) Diraja Paksi (راج فكسى) dengan memakai baju jubah dari pada biram rambuni tiga lapis dan berserban yang diikat cara Araby serta ramlanya (رملشى) dari pada jenis salu yang nipis lagi amat putih. Maka sembah serta disambut  Juhan ‘Alam akan sembahnya itu. Maka itu pun lalu mengiring dibelakang. Juhan ‘Alam pun berangkatlah bertapak dengan diiringkan segala Meugat Meukuta dan segala Muda Belia dan segala marmang (مرمغ) dan segala kandangan (كنداغن) dan segala budak-budak Juhan ‘Alam dengan membawa segala kerajaan seperti yang telah kami sebutkan pada cerita kami yang dahulu itu.

Setelah itu maka sampailah Syah Alam kepada pintu diwal Mesjid itu yang tempat Juhan ‘Alam lalu masuk ke dalam cucuk (جوجق) ke kiri yang telah kami sebutkan sifatnya. Maka kelihatanlah Syah ‘Alam kepada Kadli Malikul Adil dan kepada segala yang berdiri itu, maka hidmatlah Kadli dan Paqih dengan bersuara dengan amat nyaring suaranya mengatakan demikian bunyinya : Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh daulat Meukuta Syah ‘Alam. Demi didengar Sri Sultan akan salam Kadli itu, maka Juhan Alam pun menyahut akan salam Kadli (بفرماتن) Maka Syah ’Alam pun masuklah ke dalam kelambu, maka kelambu itu pun ditutupkan oranglah. Maka Bintara yang membawa shalih pun diturunkan shalihnya dari atas kepalanya.

Maka segala bunyi-bunyian pun dihentikan oranglah, maka segala raja-raja dan segala hulubalang dan segala pahlawan yang ternama dan segala laskar yang perkasa dan segala bala tentera itu pun sekalian menurunkan tangannya dari atas kepalanya.

Maka masing-masing mereka itu, masuklah sembahyang masing-masing pada tarafnya. Maka Syah ‘Alam pun lalu mengambil air sembahyang. Maka sembahyanglah dengan sembahyang tahyat Mesjid dua rakaat; bersama-sama dengan Syekh Syamsuddin dan Raja Udahna Lila. Maka tatkala itu, segala Meugat-Meugat dan segala Muda belia dan segala Marmong (مر مغ) dan segala kandangan dan segala budak Syah  ‘Alam mereka itu pun duduk dengan beribu-ribu segala alat kerajaan yang dibawanya.

Maka masing-masing pada martabatnya didalam jerejak di luar kelambu itu. Maka segala Kejuruan tandil orang Dalam Kuta Darud Dunia dengan segala tandil yang pahlawan itu pun sekalian mereka itu masuklah sembahyang ke dalam raja paksi. Maka segala gajah dan  segala kuda dan segala laskar yang perkasa yang membawa segala alat tahta kerajaan Syah Alam itu pun berdirilah masing-masing pada kawalnya.

Maka segala pahlawan yang mengunus (مغونس) pedang perisai itu  sekalian berdirilah kiri kanan menanti raja paksi (فقسي) itu dengan bertemukan hujung pedangnya berkawal pada pintu itu.

Setelah sudah Syah ‘Alam sembahyang tahyatal masjid(تحت المسجيد)  itu, maka mamanda bilal pun naiklah ke atas mimbar, yang telah kami sebutkan sifatnya pada cerita kami yang dahulu itu. Maka serta melambaikan tiga kali akan segala jamaah yang didalam Mesjid itu dengan ramahkan (رمحكن ) demikian bunyinya dandar (دندر) Asshalatu Jamiah (3x) rahimakumullah ashshalatu lailahaillallah. Setelah genaplah tiga kali, maka Imam pun tampil akan sembahyang Hari Raya itu dengan dua rakaat sesalam.

Maka pada rakaat yang pertama itu, sembilan kali takbir dan pada rakaat yang kedua itu tujuh kali takbir. Setelah sudah memberi salam, maka takbirlah Imam serta segala jamaah itu tiga kali. Setelah itu, maka mamanda bilal pun segeralah ia menyambut menatangkan Khutbah, maka segeralah ia menyambut tongkat itu. Serta ia naik ke atas memberi salam, lalu ia membaca Khutbah dengan dua Khutbah.

Setelah selesai dari pada membaca Khutbah, maka turunlah ia ke bawah. Maka, Imam pun membaca doa kan hadlarat SyahAlam dengan pelbagai doa serta dengan segala makmum yang ada isi Mesjid itu mengangkat tangannya kedua serta mengatakan : Aminn.

Setelah sudah Syah ‘Alarn selesailah dari pada, sembahyang Hari Raya itu, maka keluarlah raja- raja dan Kadli dan Faqih dan segala hulubalang dari dalam Mesjid, masuk ke dalam raja paksi (راج فقسى) maka bersegera akan (ابرسغكراهاكن) menanti Syah berangkat menyembelih kurban itu.

Maka tatkala itu segala kurban itu pun diikatkan oleh Amar Diwangsalah dari afuwas (افوس) segala penghulu blang yang pahlawan yang perkasa. Setelah sudah berafuwas (برافوسى) maka diusung mereka itulah ke dalam raja paksi kebawah khimah yang telah kami sebutkan dahulu itu.

Maka segala payung yang indah-indah terkembanglah masing-masing diatas kurban itu, setelah itu musta’ilah kurban (قربان) itu.

Maka Bintara raja diwaperkasa pun, berdatanglah sembah kebawah duli hadlarat Syah ‘Alam, maklumkan kurban itu musta’ilah. Demi didengar Juhan ‘Alam akan sembah Bintara itu, maka Syah ‘Alam pun berangkatlah dari Mesjid keluar

kerajaan paksi dengan tongkat pedang yang bergelar Gajah Menta (منتاه).  Demi dilihat oleh Bintara yang membawa shalih itu akan Juhan ‘Alam sudah sirlah(سرله) di pintu Mesjid, maka itupun segeralah hidmat.

Maka segala raja-raja dan Kadli dan segala Hulubalang dan segala Faqih yang ada hadir di Raja Paksi sekalian mengikut seperti tertib Bintara yang membawa shalih itu juga.  Maka Syah ‘Alam pun semayam berdiri diatas pudi ratna yang telah kami sebutkan pada cerita kami yang dahulu itu, bermulia kurban yang amat mulia itu dengan dihadapan segala raja-raja  dan Kadli dan Faqih dan segala syarif yang dihadapan dan segala hulubalang.

Dan segala Meugat-meugat dan segala Marmang dan segala kandangan dan segala budak-budak Syah Alam yang dingadap kiri kanan dan dibelakang.

Maka tatkala itu bersegeralah penghulu Kerukun dan segala Sahbandar dan Nadhir memandikan segala kurban itu dengan air mawar bazdi (بزدي) hingga jab (جب) tubuhnya dengan beribu-ribu serahi (سراهى) gajah yang hijau.

Setelah sudah memandikan, maka dikenakannyalah baja pada giginya dan diminyak-minyaki kepalanya dengan minyak bau-bauan dan bercampur cita (جيت) dan kasturi dan ibar. Dan setelah itu maka sisir mereka itu dengan sisir emas dan suasa dan dicelak pada kedua matanya dan dicermin mukanya dari pada cermin hablur (هبلور) yang berikatkan emas bepermata dan berbatangkan. suasa yang dilarik.

Setelah itu maka ditutup dengan kain yang putih dari pada jenis hasbash (حسبس) rambuni yang halus. Setelah itu maka Juhan berdaulat pun mengampir (مغمفير) kurban itu, maka Tun ‘Abdul Majid Penghulu Kandangan bersegera menatangkan tabak (طابق) emas yang berisi sikin yang indah-indah akan penyembelih kurban itu dengan berpuluh-puluh bilah  yang berhulukan manikam merah dan emas dan suasa.

Maka diambil Syah Alam sebilah sikin ynng berhulu manikam merah yang bertatahkan emas bepermata, maka Meugat Aceh (مكت اجه) Penghulu Bujang Dandani pun segeralah khidmat menatangkan sebuah perisai emas berteterapan mengampiri serta mengantarai pada kurban yang Syah Alam hendak sembelih itu. Maka disandari dengan perisai yang ditatangnya itu supaya terpelihara segala pakaian Syah ‘Alam itu dari pada terpercikkan darah.

Dengan diingatkan menjabat perisai itu, maka serta dikenakan Syah ‘Alam sikin pada leher kurban itu yang hendak disembelih itu, maka segala Faqih sekaliannya pun takbirlah. Demikianlah bunyinya : Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar; lailahaillallah Allahu Akbar .Allahu Akbar wa  lillahilhamd”, dengan nyaring suaranya.

Maka adalah antara Faqih yang banyak itu, seorang Faqih yang tuha (توها) berdiri di hadapan kurban melihatkan uratnya. Maka tatkala itu gong genderang murai caracap dipalu oranglah. Lagunya kuda berlari dan lagi nafiri dan serunai dan marghau (مرغو) itu pun ditiup oranglah terlalu ‘adhimat bunyinya.

Maka apabila sudah lalunya (لاكوش) Syah ‘Alam sikin pada leher kurban itu hingga adalah tercucur darahnya kadar sedikit, maka segera disambut oleh Syekh Syamsuddin sikin itu dengan tiada terangkat dari pada leher kurban sikin ditangan Syah ‘Alam itu. Maka Syeh Syamsuddin pun menyudahkan dia.

Maka Meugat penghulu kandangan pun bersegeralah mengampirkan air mawar dalam suatu kemandaman emas yang berpermata dengan ditahan (  ) serta menatang bate (باتى) emas bepermata. Maka Juhan ‘Alam pun berangkatlah surut lalu semayam mengadapi Kadli dan segala Faqih menyembelih kurban yang banyak.

Maka tatkala itu Kadli Malikul Adil pun diperwakilah Juhan ‘Alam menyembelih kurban. Setelah itu, maka segala bunyi-bunyian pun dipalu oranglah dari pada gung genderang dan takbirlah seperti adat tatkala Syah ‘Alam menyembelih kurban itu. Maka segala Faqih pun menghabiskanlah segala kurban (قربان ) itu disembelihlah. Maka segala bunyi-bunyian pun berbunyilah sekali lagi hingga tiga kali.

Setelah habislah kurban itu tersembelih, maka kurban itu pun dimuat oranglah masing-masing ke atas perarakan dengan ditutupnya dengan kain yang indah-indah. Dimasukkan ke dalam Kuta Darud Dunia, maka segala raja-raja dan Kadli dan segala Faqih dan segala hulubalang sekalian pun hidmatlah.

Sekalian serba surat (شرب سورة) dari pada ngadap diraja paksi berdiri keluar dihalaman Astaka. Apabila terlihat oleh segala mereka itu, maka sekalian pun hidmatlah serta mengangkatkan tangannya kedua menyanjungkan jarinya sepuluh keatas kepalanya. Maka Syah ‘Alam pun semayamlah keatas mahligai kerajaan itu.

Maka berbunyilah. madali jirajan (مد لىجراجن) dihalaman Astaka itu dengan ragam biram madali, maka hidmat Bintara yang membawa shalih itu serta dengan segala raja-raja dan segala hulubalang dan segala pegawai dan segala bala tentara sekaliannya mengikut seperti tertib Bintara itu juga.

Setelah itu, maka diragam oranglah genderang  berangkat kembali dari Mesjid ke Dalam Kuta Darud Dunia itu dengan adani (ادنى).  Maka hidmatlah sekaliannya mereka itu sekali lagi. Serta beredarlah sekalian mereka itu masing-masing naik ke atas gajahnya seperti adat tatkala berangkat keluar itu. Maka mengiringlah mereka itu bersaf-saf.

Bermula segala bedil janjurang yang diatas gajah itu pun dipasang oranglah sepanjang jalan, terlalu ‘adhimat bunyinya. Maka kata yang empunya cerita ini maka adalah tatkala itu Sri Sultan Juhan ‘Alam berangkat keluar dari Dalam Kuta Darud Dunia, dan keluar dari Dalam Kuta Mesjid Baitur Rahman adalah seperti kelakuan Raja Iskandar Zulkarnaini; maka tatkala keluar dari dalam   Kuta negeri Rum dengan alat senjata akan mendatangi segala ‘alam dunia ini dari masyrik (مشريق) lalu ke maghrib (كمغريب).  Demikianlah, lakunya serta alat senjatanya Sri Sultan berangkat dari Dalam Kuta Darud Dunia ke Mesjid dan keluar dari Dalam Kuta Mesjid kembali ke Dalam Kuta Darud Dunia itu.

Bermula tatkala itu, Syah ‘Alam berangkat itu pun beberapa dari pada segala orang yang hamil pergi melihat Juhan ‘Alam berangkat Hari Raya itu jadi anak dijalan dan (دفاكن). Dan beberapa dari pada orang yang sesat tiada berketahuan jalan dan tiada berkenalan. dengan tempat, sebab melihat segala rakyat yang berhamburan itu.

Maka apabila sampailah Syah ‘Alam itu ke karang (ككراغ), maka dialihkan oranglah segala ragam genderang itu kepada ragam tsani (شاني).  Apabila sampailah ke Medan Khayali (خيالي) maka dialihkan orang pula muraian genderang itu kepada ragam mahligai hingga  sampai ke pintu. Maka dialihkan orang muraian genderang itu dari pada ragam mahligai kepada murai kembali dari Mesjid.

Maka turunlah segala raja – raja dan Kadli dan segala hulubalang dan segala pegawai yang diatas gajah itu masing-masing mengampir gajah istana mengiringi di tanah, lalu masuk ke dalam Kuta Darud Dunia. Maka tatkala itu segala kanak-kanak yang membawa segala bunyi-bunyian yang indah-indah seperti yang telah kami sebutkan pada cerita kami yang dahulu itu pun hampirlah sekalian; mereka itu menyambut baginda itu dengan meniup segala bunyi-bunyian.

Maka murai genderang pun dialihkan oranglah sekali lagi kepada ragam sibujan (سبوجن).  Lalu ke halaman Mahligai Jitakandaran (جيتكا ندران).  Maka apabila sampailah segala penganjur itu ke halaman Mahligai Jitakandaran itu, maka menyimpanglah segala mereka itu ke kanan serta hidmat.

Apabila sampailah gajah istana itu ke halaman Mahligai Jitakandaran (جيتكا ندران),  maka berdirilah segala mereka itu masing-masing pada tarafnya. Maka murai genderang pun dialihkan oranglah kepada ragam kuda berlari, maka hidmatlah Bintara yang membawa shalih itu keatas kepalanya. Maka segala raja-raja dan Kadli dan segala hulubalang dan segala pegawai dan segala bala tentera sekalian itu pun hidmatlah mengikut seperti tertib Bintara itu juga, hingga segala gajah itu pun sekaliannya menghujamkan gadingnya ke bumi dan menyanjungkan belalainya.

Maka tatkala itu, segala tanda dan segala ambau nubar (امبوي نوبر) segala inangda dan segala kakanda pun mustailah beratus berdiri mengampang dan menatang beras kuning bercampur permata dan emas digantung bunga rampai.

Apabila hampirlah gajah istana itu, maka dihamburkan segala mereka itulah akan beras kuning mereka itu. Maka gajah itu pun digenamkan (دكنمكن) raja mandhir (منضلر) Syah ‘Alam ke biram pantang, maka berangkatlah Syah ‘.Alam dari atas gajah mahligai kerajaan itu ke atas biram pantang, lalu masuk diwal mahligai Jinakandaran (جيتكا ندران) dengan diiringkan segala tanda dan ambau nubar dan segala inangda dan segala  kakanda.

Maka apabila terlihatlah oleh Paduka Bunda akan anakda baginda datang itu seperti bulan purnama warna muka baginda itu, maka Paduka Bunda pun terlalu amat suka cita hati Paduka Bunda itu, maka terhentilah khabar itu. Tammat kalam.

Alkisah, maka tersebutlah perkataan majelis Syah ‘Alam berangkat ke Mesjid sembahyang Jumat. Maka naiklah sembah Bintara mohon turun segala alat berangkat pada hari Jum’at. Maka sabda yang Maha Mulia karunia seperti sembahyang.

Maka turunlah segala alat kerajaan berangkat sembahyang Jum’at masing-masing pada jabatannya. Setelah sudah musta’ilah. segala alat pawai, maka berdirilah   masing-masing pada tarafnya. Setelah nadir (ناضير) sekalian mereka itu, kemudian turunlah shalih dan puwan kerajaan dan bungkus kain kerajaan. Kemudian, maka naiklah sembah penghulu bilal mohon turun tongkat Khutbah.

Setelah itu, maka naiklah sembah Kejuruan genderang Sri Udahna Gambaran mohon palu genderang dong (دغ) Maka

Catatan: 1. Apa yang dikisahkan dalam upacara Sultan Iskandar Muda berangkat Shalat ‘Idul Adha bisa memulculkan  tanda tanya:  Benarkah saat itu penduduk kota Banda Aceh sebanyak itu?. Menyimak kepada peserta upacara yang begitu banyak,rasanya penduduk kota Banda Aceh sekarang pun tak mencukupinya!!!. Memang dalam naskah lain yang berjudul  “Tazkirat Thabaqat”  pernah saya jumpai, bahwa penduduk Aceh sebelum Sultan Iskandar Muda berkuasa berjumlah 12 juta 500.000 orang/jiwa.

2. Kesilapan Prof. Drewes (pakar Aceh asal Belanda) terlanjur memberi nama kitab ini ADAT ACEH. Judul ini kurang tepat, karena isinya terutama mengenai protokoler/upacara resmi kerajaan dan tentang ‘adat’/pajak pelabuhan masa kerajaan Aceh. Lebih tepat bila tetap dipakai nama aslinya, yaitu “Perintah Segala Raja-Raja” alias Mabain al Salathin.

Bale Tambeh: Sabtu, 27 April 2013, pkl 7:25 pagi, T.A. Sakti.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s