BENARKAH JAWI TIDAK ADA PASARAN?

BEBNARKAH JAWI TIDAK ADA PASARAN ?

Syah Alam –Sebanyak 350 juta orang yang berbangsa Melayu tinggal di rantau Asia. Fakta ini memberi gambaran bahwa apa juga barangan atau perkhidmatan berkaitan orang Melayu mempunyai pasaran yang tinggi di rantau ini. Ia dengan sendirinya menapikan dakwaan bahwa bahan dalam tulisanJawi, yaitu warisan orang Melayu sendiri tidak mempunyai pasaran atau tidak laku. “Mereka yang berhujah bahwa tulisan Jawi tidak ada pasaran, sebenarnya tidak besandarkan fakta “ tegas pensyjarah Jabatan Bahasa dan Kesustraan Arab University Islam Antar Bangsa, Malaysia (UIAM) DR. Abdurrahman Chik. Beliau memberi tahu, Jawi mempunyai pasaran yang luas; tetapi tidak diterokai secara bersungguh- sungguh oleh pihak- pihak yang berkenaan. “Ramai orang Islam di selatan Thailand yang boleh membaca Jawi, mana kala di Brunei, penampilan Jawi cukup hebat dan kita ada jutaan orang Melayu di indonesia. “Semua ini adalah satu fakta, sedangkan ada dikalangan kita yang coba memperkecilkan pasaran Jawi dengan mengatakan bahwa ia tidak mempunyai nilai pasaran”, katanya pada Seminar Kebangsaaan Tulisan Jawi di sini, baru- baru ini. Abdurrahman mempertahankan bahwa pasaran Jawi adalah luas, tetapi dikekang oleh kekurangan bahan yang boleh dibaca. Katanya, ramai yang boleh dan mampu membaca Jawi , tetapi disebabkan kekurangan bahan, kemahiran mereka tidak dapat ditingkatkan Menurutnya, bangsa Melayu tidak seharusnya memperkecilkan peranan Jawi, karena ia adalah tulisan yang utama satu ketika dulu. Menurut Abdurrahman, pasaran Jawi perlu diperluaskan dengan mengantarkan bahan-bahan ke pasaran luar lingkungan seperti Thailand, Brunei, Singapura dan Philipina. Katanya, buku yang diterbitkan juga perlu merangkumi semua aspek kehidupan, termasuk politik, ekonomi dan sosial. Kita juga perlu mereka plan pemasaran yang berkesan dengan menggunakan semua medium seperti telivisyen, radio, internet, dan akhbar”, katanya. Sementara itu, sepanjang seminar tersebut seorang personality yang berasal dari Korea Selatan; menarik perhatian peserta berikutan minat yang ditunjukkan oleh beliau mengenai tulisan Jawi. Beliau ialah Prof.Dr. Kang Kiung Siuk dari Jabatan Pengajian Malaysia- Indonesia di University Posan. Kiung Siuk yang ditemui memberi tahu, di Posan; beliau mengajar Jawi untuk pelajar tahun 1 saramai 40 orang setiap tahun sejak 1982. “ Pada mulanya, saya mengajar dalam Rumi tetapi tidak mendapat maklum balas yang baik dari pada ibu bapa yang mendakwa ia sama seperti alfabet bahasa Inggris. Ibu bapa tidak menyukainya . Tetapi apabila pengajaran dibuat sepenuhnya dalam tulisan Jawi, ia mendapat reaksi menggalakkan yang mana ibu bapa pelajar merasa bangga “ katanya. Menurutnya,  beliau menerima permintaan dari pada university Cornell di Amerika Syarikat yang banyak menyimpan manuskrip Jawi untuk menterjemahkan tulisan itu. Katanya, manuskrip Jawi juga ada tersimpan di Belanda, Perancis, United Kingdom, Portugal dan Itali. Ia juga tersimpan di Cina dan Jepun,yaitu semasa Malaysia di jajah oleh Jepun yang mana ketika itu tentara Jepun telah diarah untuk mempelajari Jawi “ujarnya . Kiung Siuk bercadang untuk menumbuhkan Pusat Jawi di University Posan dan membolehkan program pertukaran pelajar dengan Malaysia dilaksanakan dengan pelajar Korea datang kesini untuk belajar sekil menterjemahkan Jawi.

[Sumber Salinan: Koran UTUSAN MELAYU, berhuruf Jawi halaman 2. Rubrik “Semasa”, edisi Isnin, 8 September 2008. Koran suplemen dari “UTUSAN MELAYU” huruf Latin/Rumi ini terbit dalam se-Jum’at sekali/ dalam tujuh hari sekali, di Kuala Lumpur, Malaysia].

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s